• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenderaan Elektrik (EV) / iCAUR 03 Tiba di Malaysia, SUV Elektrik Off-Road Pertama, Harga Mula RM119,800!

iCAUR 03 Tiba di Malaysia, SUV Elektrik Off-Road Pertama, Harga Mula RM119,800!

September 9, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam

PASARAN automotif tempatan hari ini menyaksikan kemunculan jenama baharu yang mahu mencabar kebiasaan. iCAUR Malaysia secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik, iCAUR 03 serba baharu yang juga SUV off-road elektrik pertama di Malaysia.

SUV segmen-C itu ditawarkan dalam dua varian pada harga seperti berikut:

  • 2WD - RM119,800
  • iWD (AWD Dual Motor) - RM129,800
  • Black Phantom Edition - +RM20,000 (kit badan, rak bumbung, kemasan hitam kusam dan tangga sisi)

Rekabentuk Dimensi: Gaya i-BOX Tegas, Maskular

iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD

Mengambil ilham falsafah 'Born to Play', iCAUR 03 tampil dengan imej garang, moden dan serba lasak. SUV itu memiliki dimensi panjang 4,406mm, lebar 1,910mm dan tinggi 1,715mm dengan jarak roda 2,715mm, cukup seimbang untuk pemanduan bandar atau merentas laluan mencabar.

iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD

Bahasa rekabentuk i-BOX dengan garisan tajam, lampu LED dinamik yang signatur dan bentuk badan tegap memberi aura serius sebuah SUV off-road. Anjur (overhang) pendek di depan dan belakang pula membolehkan sudut masuk (approach) 28º, sudut keluar (departure) 32º, dan kemampuan mendaki hingga 55 peratus, iaitu angka yang jarang kita dengar untuk EV segmen ini.

Keselamatan dan Teknologi: Binaan Kukuh, Perlindungan Penuh

Keselamatan menjadi tunjang utama dengan pengenalan sistem iCARE. iCAUR 03 menggunakan badan monokok aluminium antikarat dengan jangka hayat perlindungan hingga 30 tahun dan ketahanan daripada berpintal (torsional rigidity) 31,882Nm, lebih tinggi daripada sesetengah kereta sport moden!

Bateri pula dilindungi sistem perisai empat lapis IPX8, seperti lapisan seramik tahan suhu tinggi dan tapak aluminium setebal 10mm. Ini bagi memastikan ketahanan optimum dalam pelbagai kondisi, seperti banjir atau hentakan jalan off-road.

Trenkuasa Elektrik: Dua Pilihan Kuasa, Jarak Pandu

iCAUR 03 ditawarkan dalam dua varian:

2WD (Motor Belakang)

iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
  • Output kuasa 135kW (184ps), dan tork 220Nm
  • Bateri litium-besi fosfat (LFP) 65.7kWh
  • Jarak pandu 426km (ujian NEDC)

iWD (Dual Motor, AWD bias belakang)

iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
  • Output kuasa 205kW (279ps), dan tork 385Nm
  • Bateri 69.8kWh
  • Jarak pandu 418km (ujian NEDC)

iCAUR 03 menyokong pengecasan pantas (DC) 80kW, dan pengecasan standard (AC) 6.6kW. Turut ditawarkan fungsi bekalan kuasa kepada kenderaan V2L (Vehicle-to-Load) 3.2kW yang membolehkan pengguna mengecas gajet atau perkakas elektrik terus dari kereta.

Pengalaman Pemanduan, Off-Road

iCAUR 03 tidak sekadar sebuah SUV gaya hidup urban, sebaliknya hadir dengan sistem iROAD yang menawarkan hingga 10 mod pemanduan semua rupa bumi (all-terrain). Suspensi belakang multilink jenis H-arm rigid memberikan ketahanan lebih baik dan pergerakan gandar lebih fleksibel atas permukaan jalan tidak rata.

Ciri Keselamatan ADAS Tahap 2

Semua varian dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Level 2 secara standard, iaitu:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Dan banyak lagi ciri perlindungan aktif

Kabin, Teknologi Dalaman

iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD

Menjengah ruang kabin, anda akan disambut unit infotainmen 15.6 inci definisi tinggi (HD) berkuasa Qualcomm Snapdragon 8155, dengan kluster instrumen digital 9.2 inci. Ciri konektiviti lengkap Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio dengan 12 pembesar suaran Infinity (varian iWD).

iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD

Kerusi dilengkapi fungsi ventilasi, manakala varian iWD menawarkan ciri urutan untuk pemandu dan penumpang depan. Ruang but utama berkapasiti 450 liter boleh diperluas kepada 1,238 liter, dengan kotak simpanan tambahan 40 liter di pintu belakang.

Promosi Beali Awal (Early Bird), hingga 17 September 2025

Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam

Pembeli yang membuat temnpahan awal hingga 17 September ini, akan menerima:

  • Caj tanpa had 1 TAHUN menerusi rangkaian JomCharge
  • Pengecas rumah (wallbox) PERCUMA bernilai RM3,400
  • Pakej gaya hidup (lifestyle package) bernilai RM3,000 (Starbucks, JD Sports, Sunway Lagoon, TnG eWallet)

Komitmen iCAUR Malaysia

iCAUR Malaysia akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Chery Malaysia, Shah Alam bermula Januari 2026. Pengeluar itu juga bakal membuka hingga 18 pusat jualan dan sembilan pusat servis rasmi menjelang akhir 2025, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Semua pembelian dilindungi waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km  dan waranti bateri lapan tahun atau 160,000km. Malah ada waranti gantian bateri 1-ke-1 jika kesihatan bateri (SoH) jatuh bawah 70 peratus.

SUV EV Off-Road Mampu Milik?

Pada harga bermula RM119,800 dengan ciri lengkap off-road, teknologi keselamatan komprehensif, dan pakej pemilikan menarik, iCAUR 03 nyata bukan sekadar EV biasa, tetapi sebagai perintis SUV elektrik lasak di Malaysia.

Ini mungkin SUV elektrik paling berjiwa advencer yang anda boleh miliki sekarang!

Pelancaran iCAUR 03
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
Pelancaran iCAUR 03 di Evolt Karting, Shah Alam
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: adventure EV Malaysia, EV lasak Malaysia, harga iCAUR 03, iCAUR 03, iCAUR 03 2025, iCAUR 03 Malaysia, iCAUR Malaysia, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV elektrik off-road Malaysia, SUV EV, SUV kompak, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my