• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Yin Ben Teh Sebagai COO Baharu

SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Yin Ben Teh Sebagai COO Baharu

September 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu yang berkuat kuasa serta-merta.

Langkah ini menandakan fasa pertumbuhan baharu syarikat dengan fokus terhadap pengembangan jenama MG, peningkatan pengalaman pelanggan dan penambahbaikan perkhidmatan selepas jualan.

Pengalaman Lebih 20 Tahun Dalam Industri Automotif

Hoffen membawa pengalaman lebih dua dekad dalam bidang pembangunan produk, strategi pemasaran, perancangan pengeluaran dan pembuatan tempatan.

Beliau berkelulusan Kejuruteraan Mekanikal dari University College London (UCL) dan pernah menyandang pelbagai jawatan pengurusan kanan dalam industri.

Malah, Hoffen aktif dalam Persatuan Automotif Malaysia (MAA) serta jawatankuasa eksekutif Persatuan Kenderaan Sifar Pelepasan Malaysia (MyZEVA), menjadikannya tokoh penting dalam usaha memperjuangkan elektrifikasi kenderaan dan mobiliti hijau di Malaysia.

Fokus: Pengeluaran Tempatan dan Ekosistem Kukuh

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, pelantikan ini memperkukuh strategi syarikat untuk membangunkan asas operasi yang lebih mantap.

Dengan momentum MG yang semakin meningkat, kami optimis untuk memulakan pengeluaran tempatan tidak lama lagi. Ini adalah langkah penting untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan serta memperkukuh kedudukan MG di Malaysia.”

Hoffen akan menyelia operasi jualan, produk dan pemasaran, selain menerajui usaha mengembangkan rangkaian peniaga MG, memperluas portfolio produk dan mempercepatkan pelaksanaan pelan hala tuju kenderaan tenaga hijau syarikat.

Pandangan COO Baharu

Mengulas pelantikannya, beliau berbesar hati menyertai SAIC Motor Malaysia kerana visi syarikat seiring dengan aspirasinya.

Keutamaan saya adalah mengukuhkan asas organisasi dan membuka potensi penuh MG di Malaysia. Saya mahu mencipta platform kukuh untuk pertumbuhan, menyokong peralihan ke arah pengeluaran tempatan dan membantu membentuk masa depan mobiliti negara.”

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hoffen Yih Ben Teh, Ketua Pegawai Operasi (COO), SAIC Motor Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my