• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Italjet Dragster 300 Kini Rasmi di Malaysia

Italjet Dragster 300 Kini Rasmi di Malaysia

September 9, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MZM Bike Sdn. Bhd. akhirnya melancarkan Italjet Dragster 300 untuk pasaran Malaysia. Sekaligus menjadi tambahan baharu dalam barisan Dragster yang sudah dikenali dengan reka bentuk unik dan prestasi mantap.

Model ini dibangunkan berdasarkan casis Dragster 125 dan 200 dengan dua versi untuk pasaran Malaysia:

  • Italjet Dragster 300 Malossi Edition – RM37,800
  • Italjet Dragster 300 Gresini Racing Team Edition – RM38,800
    (Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan)

Rekaan Eksklusif dan Teknologi Terkini

Dragster 300 dilengkapi dengan enjin silinder tunggal 4-lejang, SOHC, 4-injap dan sistem penyejukan cecair. Ia turut menggunakan rangka trellis ringan serta sistem suspensi hadapan Independent Steering System (I.S.S.) jenis sebelah, yang menjadi identiti khas Italjet.

Bagi melengkapkan pakej, model ini dipadankan dengan ciri keselamatan ABS, paparan meter TFT moden, serta empat winglet aerodinamik di sisi badan, dua di setiap belah. Dragster 300 juga hadir dengan tapak sisi (side stand) serta double stand untuk kemudahan penunggang.

Kempen Early Bird dengan Pulangan Tunai

Sebagai promosi pelancaran, 10 pembeli pertama bagi setiap edisi (Malossi dan Gresini Racing Team) akan menerima pulangan tunai RM3,000. Kempen ini dijangka menarik minat ramai peminat skuter berprestasi tinggi yang mahu menjadi antara pemilik terawal model eksklusif ini.

Italjet, Warisan Itali yang Ikonik

Italjet, sebuah jenama motosikal dari Itali dengan sejarah gemilang, kini mengembangkan sayap ke 48 negara. Di bawah pimpinan Massimo Tartarini, anak kepada pengasas Leopoldo, Italjet terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar motosikal yang berinovasi dan beridentiti tersendiri.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Italjet, Italjet Dragster 300, skuter, Skuter berprestasi tinggi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my