• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Giliran Honda CR-V Terlajak Laris, 7 Hari Dapat 1,400 Tempahan!

Giliran Honda CR-V Terlajak Laris, 7 Hari Dapat 1,400 Tempahan!

July 21, 2017 By Abang Hirata 3 Comments

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG tidak sangka! Kebiasaannya, Honda Malaysia akan mengeluarkan laporan prestasi jualan model baharu mereka selepas dua minggu dilancarkan. Kali ini Honda Malaysia betul-betul berada atas landasan kejayaan apabila model CR-V yang dilancarkan baru-baru ini sudah pun mencapai sasaran jualan untuk dua bulan.

Honda Malaysia awalnya cuma menyasarkan jualan 700 unit sebulan bagi CR-V, tetapi jangkaan itu langsung meleset kerana model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sudah mendapat tempahan sebanyak 1,400 unit dalam masa tujuh hari atau seminggu sahaja!

Honda CR-V dilancarkan 12 Julai lalu dengan menampil pakej menarik pada harga cukup menawan. Nilai RM170,000 untuk SUV berkuasa turbo yang dilengkapi teknologi Honda Sensing benar-benar menggoncang semangat pesaing lain dalam segmen itu.

Fakta Jualan Honda CR-V dalam 7 Hari Dilancarkan:

  • 1.5L pengecas turbo Premium 2WD - paling popular (40 peratus, juga model termahal).
  • 1.5L pengecas turbo 2WD - kedua popular (31 peratus).
  • 2.0L i-VTEC 2WD - ketiga popular (20 peratus, varian paling mampu milik).
  • 1.5L pengecas turbo 4WD -keempat popular (9 peratus).
  • Warna paling popular - perak atau Lunar Silver Metallic (lebih 30 peratus).
  • Putih atau White Orchid Pearl juga popular (27 peratus) - warna baharu CR-V.

Jualan Sarawak dan Sabah

  • CR-V baharu turut dilancarkan serentak di Kuching, Sarawak.
  • Pelancaran kedua selepas BR-V pada Januari lalu.
  • Strategi tersebut membuka jalan kepada lebih penerimaan.
  • Sama seperti Semenanjung, varian 1.5L pengecas turbo Premium 2WD paling popular (38 peratus).
  • Enam bulan pertama, lebih 3,500 kenderaan Honda dijual di Malaysia Timur.
  • Jualan itu menyumbang 6.6 peratus jualan keseluruhan setengah tahun Honda Malaysia.
  • Jumlah tersebut juga meningkat 48 peratus berbanding enam bulan sama pada tahun lalu.

Dengan sambutan hangat itu, Honda Malaysia kini bekerja keras untuk memastikan penghantaran kepada pelanggan dibuat dalam masa satu hingga dua bulan tanpa menjejaskan aspek kualiti. Honda Malaysia juga menetapkan sasaran penghantaran tempahan sebelum Oktober nanti.

honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia

Related

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda CR-V, Honda Malaysia, Roda4, tempahan Honda CR-V

Comments

  1. misron says

    July 21, 2017 at 4:51 PM

    aku nk beli tak mampu,,,hadiahkan aku sebuah

    Reply
  2. misron says

    July 21, 2017 at 4:52 PM

    nak beli Tak mampu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev