• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Proton X50 2026 Serba Baharu Cecah 5,000 Unit Sejak Pelancaran

Jualan Proton X50 2026 Serba Baharu Cecah 5,000 Unit Sejak Pelancaran

September 7, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Proton X50 2026 serba baharu buka tempahan

Proton mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 2026 serba baharu sudah mencapai jualan 5,000 unit sejak pelancaran rasmi akhir Julai lalu.

Menariknya, jumlah itu hadir selepas menerima 5,000 tempahan awal sejak tempahan dibuka 5 Julai tahun ini.

Harga Lebih Rendah, Tawaran Rebat Menarik

Proton X50 2026 Serba Baharu

Bermula varian X50 1.5TD Executive, harga asas ditawarkan bermula RM85,800, dan Proton turut memberikan rebat RM4,000 kepada 10,000 pelanggan terawal yang membuat tempahan sebelum 31 Oktober ini.

Harga itu juga RM500 lebih rendah berbanding model X50 RC 2024, walaupun kini varian permulaan Executive hadir dengan lebih banyak ciri.

Enjin Baharu Lebih Berkuasa

All New Proton X50 2026 - Flagship

Kemas kini terbesar kali ini adalah penggunaan enjin baharu BHE15TD petrol 4-silinder 1.5L turbo, menggantikan enjin 3-silinder terdahulu.

Enjin itu mampu menghasilkan output kuasa 181ps (178hp) @ 5,500rpm dan tork 290Nm antara 2,000-3,500rpm, iaitu peningkatan (+4ps/35Nm) berbanding enjin TGDi lama dan jauh lebih berkuasa daripada enjin PFI (+31ps/64Nm).

Rekabentuk Segar, Dalaman Eksklusif

All New Proton X50 2026 - Flagship

Rekabentuk luaran Proton X50 2025 serba baharu mengambil ilham Geely Binyue L, dengan perubahan paling ketara pada bahagian fasia depan.

Saiz rim kini antara 17 inci dan 18 inci, mengikut varian, manakala bahagian dalaman menggunakan rekaan eksklusif Proton sendiri tanpa berkongsi model Geely lain.

Teknologi ADAS Dipertingkat

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) turut dinaik taraf dengan menawarkan fungsi pemanduan semi-autonomi Tahap 2 seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptuf (ACC) dengan fungsi Henti & Mula (Stop & Go)
  • Bantuan Pemusatan Loroang (LCA)
  • Sistem Parkir Automatik (APS) dipertingkat (varian Flagship)
  • Enam beg udara kini menjadi ciri standard

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Proton X50 2026 Serba Baharu, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton X50, Proton X50 2025, Proton X50 2026 Serba Baharu, Roda4, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev