• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bos Larang Staf Ferrari Beli Kereta Ferrari Baharu, Tempahan Banyak Sangat!

Bos Larang Staf Ferrari Beli Kereta Ferrari Baharu, Tempahan Banyak Sangat!

July 20, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


BUKAN semua orang mengenali Enrico Galliera sebagai individu paling berpengaruh dalam Ferrari. Digelar sebagai Dr No oleh portal permotoran Drive, Galliera ialah Ketua Pegawai Komersil dan Pemasaran Ferrari. Lebih utama, beliau ialah individu yang berkuasa menentukan sama ada anda layak membeli model-model Ferrari edisi terhad.

Galliera berkata;

Kami ada permintaan tinggi berbanding unit yang siap ada. Jadi, apa kami lakukan adalah mengenal pasti kriteria dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan yang baik."

Menurutnya lagi, Ferrari turut sedia menawarkan model-model edisi terhad sebagai hadiah kepada pelanggan terbaik mereka.

BACA >>> Inilah Satu-Satunya Ferrari Enzo Rosso Dino dengan Kondisi 'Serba Bergetah', RM16 Juta Sahaja!

Bagi Galliera, bahagian paling sukar dalam kerjayanya adalah berkata tidak, tetapi itulah perkara asas yang perlu dilakukannya. Misalnya, Ferrari pernah memaklumkan kepada 200 pelanggan tentang LaFerrari Aperta menjelang debut model itu sambil bertanya sama ada semua pelanggang itu berminat membeli kereta yang tidak pernah dilihat mereka.

Hasilnya, maklum balas diterima sangat mengejutkan kerana setiap orang berkata ya!

SUKAR, TAPI PERLU JUGA KATAKAN 'TIDAK'

laferrari-aperta-1
laferrari-aperta-2
laferrari-aperta-3
laferrari-aperta-4
laferrari-aperta-rendering

Galliera turut mendedahkan menerima permohonan daripada individu yang 'tidak layak' memiliki Ferrari walaupun dia mungkin boleh menjadi raja. Katanya, individu seperti itu sangat mudah ditolak jika mereka bukan pelanggan Ferrari, tetapi lebih sukar berkata tidak kepada mereka yang sememangnya pelanggan yang baik.

BACA >>> Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli 'Kautim'

Malah, Galliera turut mendedahkan bahawa pemandu Formula Satu (F1) Ferrari ialah satu-satunya 'pekerja' yang dibenarkan membeli model baharu jenama itu disebabkan pengeluaran edisi terhad dan masa menunggu lama bagi pelanggan mendapatkan kereta. Jadi, kurang elok jika model baharu itu diberikan kepada pekerja sendiri.

SUMBER: Drive.au

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Enrico Galliera, Ferrari, Ketua Pegawai Komersil dan Pemasaran Ferrari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev