• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GGR Motor Terima Sokongan JPJ, Serius Hasilkan Motosikal Elektrik Pertama Malaysia

GGR Motor Terima Sokongan JPJ, Serius Hasilkan Motosikal Elektrik Pertama Malaysia

September 6, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

GGR Motor dapat sokongan JPJ

USAHA GGR Motor untuk muncul sebagai pengeluar motosikal elektrik (EV) pertama Malaysia semakin mendapat perhatian apabila menerima lawatan rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Seramai 25 pegawai JPJ Wilayah Persekutuan, diketuai Timbalan Pengarah, Eric Jusiang, hadir ke kilang GGR Legacy (M) Sdn Bhd di Kampung Sungai Penchala bagi meninjau operasi pemasangan motosikal EV tempatan.

JPJ Sokong Usaha GGR Motor

ggr-motor-logo
Logo JPJ

Lawatan itu memberi pendedahan lebih dekat terhadap proses pemasangan motosikal elektrik GGR Motor selain menilai pematuhan piawaian ditetapkan Kerajaan.

Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi berkata, kunjungan JPJ ini adalah langkah penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) pengeluaran EV menepati undang-undang semasa.

Kami amat berbesar hati atas kesudian JPJ melawat kilang kami. Ini tanda penghargaan terhadap usaha membangunkan motosikal elektrik buatan Malaysia," katanya.

Rombongan JPJ turut dibawa melawat pusat aksesori, bengkel servis dan bahagian operasi lain yang menyokong ekosistem EV tempatan.

Lion G1 Sudah Boleh Daftar dengan JPJ

GGR Motor dapat sokongan JPJ

Muhammad Mussaddiq turut mendedahkan geran dan nombor pendaftaran motosikal elektrik Lion G1 kini boleh didaftarkan secara rasmi menerusi sistem JPJ bermula 1 September lalu.

Setakat ini, lebih 6,000 unit tempahan Lion G1 direkodkan dan dijangka diserahkan secara berperingkat kepada pelanggan dalam tempoh terdekat.

Model sulung itu dibangunkan hasil penyelidikan tempatan, yang direka khas untuk pasaran Malaysia dengan menumpukan kepada harga mampu milik dan mesra alam.

Kilang Baharu, Perancangan Masa Depan

Bagi memenuhi permintaan tinggi, GGR Motor merancang membina kilang pemasangan baharu di utara Semenanjung di atas tapak seluas satu ekar. Fasiliti tersebut bakal menjadi hab utama bagi pengeluaran Lion G1 dan model EV baharu pada masa depan.

Kilang baharu itu dijangka mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi hijau dan automotif elektrik.

GGR Motor turut menjalin kerjasama strategik bersama PMH Motor, Bateriku.com, MARA dan Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) untuk memperkukuh aspek latihan teknikal, penyelenggaraan dan rantaian bekalan.

Sambutan Hangat Lion G1

GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ

Ketika pelancaran awal Julai lalu, Lion G1 mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 2,500 unit tempahan dicatat hanya dalam seminggu, sekali gus membuktikan motosikal elektrik buatan tempatan mampu bersaing dalam pasaran dengan kualiti tinggi dan harga berpatutan.

Muhammad Mssaddiq yakin langkah tersebut akan menjadikan Malaysia bukan sekadar pengguna, tetapi hab pengeluaran motosikal elektrik di Asean.

GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
GGR Motor dapat sokongan JPJ
ggr-motor-logo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: Auto Terkini, GGR Motor, JPJ Wilayah Persekutuan, kilang motosikal elektrik tempatan, Lion G1, motosikal elektrik Malaysia, motosikal EV mampu milik, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev