• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Horse Powertrain Perkenal Future Hybrid System (FHS), Trenkuasa Hibrid ‘Semua dalam Satu’

Horse Powertrain Perkenal Future Hybrid System (FHS), Trenkuasa Hibrid ‘Semua dalam Satu’

September 6, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Horse Powertrain perkenal Future Hybrid System (FHS)

HORSE Powertrain memperkenalkan trenkuasa sistem hibrid Future Hybrid System (FHS) di Sidang Kemuncak Pameran Motor Antarabangsa Jerman (IAA) 2025.

Sistem revolusioner itu pernah kami paparkan pada Jun 2025 yang direka khas untuk memudahkan pengeluar automotif (OEM) menukar platform kenderaan elektrik bateri (BEV) sedia ada kepada kenderaan hibrid.

Logo HORSE Powertrain

FHS adalah trenkuasa hibrid 'semua dalam satu' yang menggabungkan enjin, transmisi, motor elektrik dan unit elektronik kuasa ke dalam satu unit kompak. Ini peningkatan ketara daripada Future Hybrid Concept yang ditunjukkan sebelum ini.

Dengan menggantikan unit pacuan elektrik depan BEV, sistem tersebut menawarkan penyelesaian kos efektif dan efisien untuk menghasilkan pelbagai jenis kenderaan elektrifikasi seperti Hibrid (HEV), Hibrid Plug-in (PHEV), dan Kenderaan Elektrik Ekstender Jarak (REEV).

Sebagai produk utama dalam famili X-Range, FHS bertujuan melengkapi platform EV dengan teknologi pembakaran dan hibrid.

Dua Varian Utama Didedahkan

Dua varian utama itu adalah:

  • Performance: Mempunyai lebar 740mm dan menggunakan dua motor elektrik dalam konfigurasi P1 + P3
  • Ultra-Compact: Lebih kecil dengan lebar 650mm dan menggunakan motor elektrik tunggal dalam konfigurasi P2

Kedua-dua varian dilengkapi enjin 4-silinder 1.5L dengan transmisi hibrid khas. Ia juga mengandungi semua unit elektronik kuasa yang diperlukan dan boleh disepadu lancar bersama komponen lain seperti pengecas atas papan (on-board) dan buster pengecasan 800V.

Ciri Utama Future Hybrid System (FHS)

Horse Powertrain perkenal Future Hybrid System (FHS)
Horse Powertrain perkenal Future Hybrid System (FHS)
Horse Powertrain perkenal Future Hybrid System (FHS)

Rekabentuk Kompak

  • Trenkuasa itu menampilkan rekabentuk unik dengan profil bahagian atas tirus dan bawah lebih lebar yang mematuhi piawaian ujian kemalangan terkini.
  • Integrasi subsistem pintar membolehkan pengurangan anjur depan (overhang) hingga 150mm berbanding trenkuasa hibrid konvensional.

Pemasangan Dipermudah

  • Sama seperti unit pacuan elektrik BEV, sistem itu dipasang terus pada subfremkenderaan bagi memaksimum penggunaan semula komponen BEV, menjimatkan kos naik taraf masin (retooling) dan menyelaras proses pengeluaran.

Penyelesaian Inovatif REEV AWD

  • FHS adalah jawapan kepada cabaran pembuatan REEV pacuan semua roda (AWD) dalam kenderaan kompak.
  • Sistem itu membolehkan platform BEV ditukar menjadi REEV AWD dengan hanya menambah motor P4 pada gandar belakang, tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian susun atur atau komponen sedia ada di bahagian depan.

Fleksibiliti dan Kecekapan

  • Varian Performance mampu menggerakkan kenderaan berasingan sebagai pilihan hibrid pacuan roda depan (FWD) yang sangat kos efektif.
  • Rekabentuk kompak membolehkan sistem itu menempatkan komponen tambahan seperti sistem penyaman udara bebas-Bahan Per- dan Polifluoroalkil (PFAS) yang biasanya memerlukan lebih banyak ruang.

Sokongan Pelbagai Bahan Api

  • Sistem tersebut direka untuk kegunaan global dengan dilengkapi sistem pencucuhan pra-ruang yang serasi dengan pelbagai jenis bahan api seperti petrol, etanol E85, metanol M100, dan bahan api sintetik.

FHS dijangka mula dipasarkan pada 2027.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: (IAA), Auto Terkini, Future Hybrid System, Horse Future Hybrid System, Horse Powertrain, Horse Powertrain Future Hybrid Concept, HORSE Powertrain Future Hybrid System, Trenkuasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev