• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indian Motorcycle Malaysia Lancar Barisan Indian Scout 2025

Indian Motorcycle Malaysia Lancar Barisan Indian Scout 2025

September 7, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Indian Motorcycle Malaysia, di bawah edaran Spirit Lake Motor Sdn. Bhd. dan AFY Mobility Industries (AMI), secara rasmi memperkenalkan barisan Indian Scout 2025 di Bumirai Showroom, Petaling Jaya.

Pelancaran ini mengukuhkan lagi komitmen jenama legenda Amerika itu untuk membawakan model cruiser terkini ke pasaran tempatan.

Enjin Baharu Lebih Berkuasa

Indian Scout 2025 kini dilengkapi enjin Speed Plus V-Twin 60 darjah 1,250cc penyejukan cecair, yang mampu menghasilkan 105hp dan 108Nm tork pada 6,300rpm.

Untuk varian tertinggi, Indian 101 Scout, enjin tersebut ditala semula bagi menghasilkan 111hp dan 111Nm tork, dipadukan bersama transmisi enam kelajuan untuk tunggangan lebih lancar serta bertenaga.

Lima Varian Scout 2025

Model terbaharu ini ditawarkan dalam lima personaliti berbeza, sesuai dengan citarasa peminat cruiser:

  • Indian 101 Scout – Premium Performance
  • Indian Scout Classic – Rekaan Ikonik & Abadi
  • Indian Super Scout – Cruiser Nostalgia
  • Indian Scout Bobber – Stripped & Raw
  • Indian Sport Scout – Semangat Agresif

Trim Yang Berbeza

Selain itu, setiap varian ditawarkan dengan tiga trim berbeza: Standard, Limited, dan Limited +Tech.
Teknologi & Ciri Keselamatan Moden

Untuk memberikan pengalaman tunggangan lebih selesa dan selamat, Indian Scout 2025 turut dilengkapi dengan:
Brek ABS & lampu LED (standard)

Tiga mod tunggangan & kawalan cengkaman/traction control (Sport, Standard, Rain) – untuk trim Limited & Limited +Tech
Sistem penghidup tanpa kunci & paparan LCD 4 inci dengan RIDE COMMAND – untuk trim Limited +Tech
Integrasi RIDE COMMAND+ dengan sambungan Bluetooth, navigasi & pengecas USB

Senarai Harga Indian Scout 2025 di Malaysia

Berikut harga rasmi (MRSP) untuk pasaran Malaysia:

  • Scout Classic Sunset Red Metallic (Limited +Tech) RM128,800
  • Scout Bobber Black Metallic (Standard) RM103,900
  • Scout Bobber Sunset Red Smoke (Limited +Tech) RM121,100
  • Scout Bobber Spirit Blue Metallic (Limited +Tech) RM124,300
  • Sport Scout Black Metallic (Standard)  RM106,800
  • Sport Scout Storm Blue (Limited +Tech)  RM113,500
  • Sport Scout Nara Bronze Metallic (Limited +Tech) RM117,300
  • Super Scout Black Smoke with Graphics (Limited +Tech) RM134,500
  • 101 Scout Sunset Red Metallic with Graphics (Limited +Tech) RM139,600
  • 101 Scout Ghost White Metallic with Graphics (Limited +Tech) RM139,600

Warisan & Inovasi Bersatu

Dengan rekaan ikonik yang dikekalkan, namun dipadukan dengan teknologi moden, Indian Scout 2025 membawa semangat cruiser Amerika klasik untuk peminat motosikal di Malaysia. Pelancaran ini bukan sahaja meraikan warisan lebih 100 tahun jenama Indian Motorcycle, malah memperkukuh kedudukannya sebagai pilihan utama peminat cruiser premium.

INDIAN Scout Motorcycle 1
INDIAN Scout Motorcycle 2
INDIAN Scout Motorcycle 3
INDIAN Scout Motorcycle 4
INDIAN Scout Motorcycle 5
INDIAN Scout Motorcycle 6
INDIAN Scout Motorcycle 7
INDIAN Scout Motorcycle 8
INDIAN Scout Motorcycle 9
INDIAN Scout Motorcycle 10
INDIAN Scout Motorcycle 11
INDIAN Scout Motorcycle 12
INDIAN Scout Motorcycle 13
INDIAN Scout Motorcycle 14
INDIAN Scout Motorcycle 15
INDIAN Scout Motorcycle 16
INDIAN Scout Motorcycle 17
INDIAN Scout Motorcycle 18
INDIAN Scout Motorcycle 19
INDIAN Scout Motorcycle 20
INDIAN Scout Motorcycle 21

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: cruiser bike, Indian Scout, Indian Scout Bobber

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev