• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL

MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL

August 30, 2025 By Han Othman Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
ACARA permotoran tahunan paling ditunggu peminat automotif, MotorManiac Annual 2025 bakal menggegarkan Rooftop MyTown, Kuala Lumpur pada 6 September ini, dengan jangkaan lebih 30,000 pengunjung hadir menikmati pesta kereta, muzik dan gaya hidup urban.

Berbeza perjumpaan kereta biasa, MotorManiac tampil dengan konsep 'lebih besar, lebih hebat, lebih berani' yang menghimpunkan lebih 600 kereta modifikasi, JDM, Continental, Supercar dan banyak lagi, sekali gus menjadikan lokasi itu sebagai syurga buat kaki kereta tempatan dan antarabangsa.

Festival Kereta, Budaya, Muzik

motor-maniac-logo
logo-bateriku-bgarage

Dianjurkan Bateriku Garage (BGarage) bersama rakan strategik seperti ASTRA, UVR, Retro Havoc, PrintKing, Kahf, dan GGR Motor, termasuk penaja rasmi seperti Mr Absorber, Kopi Saigon, Driveo danPetronas Lubricants pelbagai komuniti permotoran, edisi kali ini juga diserikan dengan pentas hip-hop yang menampilkan artis tempatan seperti ChronicalZ, ALYPH, EEMRUN, Dann N Qrack dan 53 Universe.

Juga tidak dilupakan rakan pakaian streetwear seperti Super Sunday, Abstrax, Headers, dan Choii Motosport, serta penyokong awal seperti BWB, Biadap, Downshift, SFS Garage, Indiscrete, Antera Motorsport, 199 Garage, dan Placed selain rakan media permotoran.

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL

Malah pengunjung boleh melayan pertandingan automotif seperti King of Maniac Challenge, ASTRA Cup, 2 Step Competition, Car Limbo Contest dan Mini Diecast Expo. ASTRA Cup menjadi rebutan kerana itu ialah piala cabaran baharu yang bakal menambah tradisi dan prestij acara tersebut.

Acara kali ini juga menyaksikan MotorManiac melebarkan sayap ke pentas antarabangsa dengan pembabitan rakan media global seperti CarCvlT dari Britain, wartawan permotoran dan pempengaruh dari Australia, Clay Wong, serta fotografer dan penggiat budaya JDM dari Jepun, Tatsu Miyagawa

Cabutan Bertuah, Tarikan Eksklusif

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL

Setiap pembelian barangan rasmi MotorManiac pada hari acara akan melayakkan pengunjung untuk cabutan bertuah dengan hadiah termasuk motosikal elektrik daripada GGR Motors dan baucar Bateriku bernilai RM40.

Tahun ini juga menampilkan satu hari penuh acara dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam dengan tiket berharga RM20 (dewasa), manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dan OKU masuk PERCUMA.

MotorManiac: Lebih Sekadar Kereta

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL

Pengasas MotorManiac, Wan Mikhail Faizi (Mike) berkata;

Inti pati MotorManiac sentiasa lebih daripada sekadar kereta. Ia mengenai gaya hidup, budaya dan komuniti. Dengan latar belakang langit Kuala Lumpur, kami mahu mencipta festival gaya hidup automotif yang hidup dari pagi hingga malam."

MotorManiac 2025 jelas bukan sekadar acara kereta, tetapi kini berkembang menjadi platform budaya automotif yang menyatukan peminat, komuniti dan gaya hidup, serta mengangkat Kuala Lumpur ke pentas antarabangsa.

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Acara Permotoran, Auto Terkini, AutoShow, BATERIKU, MotorManiac 2025, MyTown KL, Rooftop MyTown KL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev