• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yangwang U9 Sah EV Paling Laju di Bumi

Yangwang U9 Sah EV Paling Laju di Bumi

August 27, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Dunia automotif kini digemparkan dengan pencapaian terbaharu dari jenama mewah BYD, Yangwang U9 Track Edition, yang mencatat kelajuan maksimum 293.54mph (472.54kmj).

Rekod ini menjadikannya kereta elektrik produksi terpantas di dunia, mengatasi Rimac Nevera (431kmj) dan Aspark Owl (437kmj).

Dikuasakan Hampir 3,000hp!

Jika versi standard U9 sudah pun menghasilkan 1,287hp, edisi Track Edition ini jauh lebih ekstrem dengan 2,958hp dari empat motor elektrik. Ia juga dibina atas platform 1200V ultra high voltage pertama di dunia. Melangkaui pencapaian pembuat EV Eropah yang masih beradaptasi dengan teknologi 800V.

Selain itu, sistem torque vectoring pintar memantau jalan dan melaras kuasa lebih 100 kali sesaat, memberikan kawalan luar biasa ketika pecutan dan di selekoh.

Dari 375kmj ke 472kmj

Rekod baharu ini dicatat oleh pelumba Jerman, Marc Basseng, di trek ujian ATP Papenburg, Jerman. Menariknya, Basseng sebelum ini pernah mencatat 233mph (375kmj) dengan U9 standard hanya setahun lalu.

“Tidak sangka saya mampu memecahkan rekod sendiri dalam masa singkat. Teknologi baharu U9 benar-benar melampaui jangkaan,” kata Basseng selepas mencipta rekod.

Teknologi Futuristik: Dari Menari ke Trek

U9 Track Edition masih mengekalkan sistem unik DiSus-X Intelligent Body Control, yang sebelum ini terkenal kerana membolehkan kereta ‘menari’ dan ‘melompat’. Kini, teknologi sama digunakan untuk memastikan kestabilan maksimum ketika selekoh laju atau membrek secara agresif.

Model ini turut hadir dengan splitter gentian karbon baharu, tayar semi-slick khas daripada Giti, serta reka bentuk lebih bersih tanpa sayap belakang besar seperti model standard.

Ancaman Serius Buat Hypercar Lain

Kejayaan U9 Track Edition ini pastinya memberi isyarat jelas kepada nama-nama besar seperti Bugatti dan Koenigsegg bahawa era hypercar kini memasuki fasa elektrifikasi penuh. Dengan kuasa hampir 3,000hp dan kelajuan melebihi 470kmj, Yangwang U9 bukan lagi sekadar EV mewah dari China, ia kini menjadi simbol dominasi teknologi elektrik global.

SUMBER: TopGear

YangWang U9 Track Edition 1
YangWang U9 Track Edition 2
YangWang U9 Track Edition 3
YangWang U9 Track Edition 4
YangWang U9 Track Edition 5
Marc Basseng

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: BYD YangWang U9 Track Edition, EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev