• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

August 26, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KERAJAAN bakal memperkenalkan sistem kuota terkawal kepada individu layak apabila rasionalisasi subsidi petrol RON95 dilaksanakan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau dalam sesi khas di Parlimen, semalamberkata, Kementerian Kewangan kini sedang memuktamad mekanisme kuota tersebut yang mana pengguna biasa akan menerima jumlah kuota tertentu, manakala pemandu p-hailing dan e-hailing akan diberikan kuota lebih tinggi kerana petrol menjadi keperluan utama dalam pekerjaan.

Kita mesti ada kuota. Kita tidak mahu ada pihak membeli minyak untuk orang lain. Jadi, pengguna biasa ada kuota sendiri, manakala pemandu p-hailing dan e-hailing ada kuota lebih tinggi," katanya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Amir Hamzah turut memaklumkan butiran lengkap mengenai rasionalisasi subsidi RON95, termasuk kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan, dijangka dimuktamad hujung September nanti. Antara faktor diambil kira ialah tahap pendapatan dan jenis kenderaan, sama ada kereta mewah atau kereta pasaran massa.

Beliau menegaskan, matlamat utama Kerajaan adalah memastikan majoriti rakyat tetap menerima sokongan melalui subsidi yang lebih bersasar.

Kaedah Pelaksanaan: MyKad, e-Wallet dan Aplikasi Stesen Minyak

Bagi memastikan pelaksanaan lancar, Kerajaan sudah menjalankan beberapa ujian melibatkan penggunaan MyKad, e-wallet dan aplikasi penyedia minyak. Pendekatan itu penting supaya sistem tidak membebankan pengguna dan lebih mudah digunakan rakyat.

Rasionalisasi subsidi RON95 dijangka menjadi salah satu langkah terbesar Kerajaan dalam memastikan ketelusan dan keberkesanan penggunaan subsidi bahan api di Malaysia.

SUMBER: TheEdgeMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: e-Wallet, MyKad, ron 95, subsidi kerajaan, Subsidi Minyak, subsidi minyak ron95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev