• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Umum Kilang CKD Pertama di Malaysia, Siap Operasi pada 2026

BYD Umum Kilang CKD Pertama di Malaysia, Siap Operasi pada 2026

August 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueling

BYD Sime Motors mengumumkan rancangan membina kilang pemasangan tempatan (CKD) pertama di Malaysia yang menandakan komitmen BYD terhadap pengembangan industri kenderaan elektrik (EV) negara.

Kilang baharu itu akan dibina di Tanjung Malim, Perak berkeluasan 600,000 meter persegi dan dijangka memulakan pengeluaran pada 2026.

Kilang CKD di Tanjung Malim, Hab EV Baharu Malaysia

Logo BYD

Langkah strategik itu bakal menjadikan Malaysia sebagai antara hab penting untuk pengeluaran EV BYD di Asean, yang mana pelaburan tersebut bukan sekadar untuk pengeluaran kenderaan, tetapi turut merangkumi:

  • Pembangunan ekosistem EV tempatan
  • Peluang pekerjaan baharu dalam sektor automotif elektrik
  • Pemindahan teknologi EV terkini

Strategi Jangka Panjang BYD untuk Malaysia

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueling

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueling berkata;

Malaysia terus menjadi pasaran penting BYD di Asia Tenggara. Dengan pembinaan kilang CKD ini, kami bukan saja membawa produk EV inovatif, tetapi juga melabur dalam masa depan mobiliti hijau negara ini daripada pemasangan tempatan, pembangunan bakat, hingga sokongan penuh ekosistem EV."

Apa Makna untuk Pelanggan Malaysia?

Lokasi kilang CKD BYD di Tanjung Malim, Malaysia

Dengan kewujudan kilang pemasangan CKD, pelanggan boleh menjangka:

  • Harga EV lebih kompetitif dan mampu milik
  • Bekalan kenderaan lebih stabil untuk pasaran Malaysia
  • Sokongan lepas julan lebih baik melalui rangkaian pengedar

Langkah tersebut juga sejajar usaha Kerajaan mempercepatkan peralihan kepada EV dan pengangkutan rendah karbon.

Pengumuman kilang CKD BYD itu turut membuka lembaran baharu industri automotif negara yang menjadikan Malaysia bukan saja pasaran pengguna EV, tetapi juga pusat pengeluaran EV berteknologi tinggi di Asean.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD Sime Motors, Kenderaan Elektrik (EV), Kilang BYD Tanjung Malim, Kilang CKD BYD, Pemasangan Tempatan (CKD)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev