• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800

SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800

August 25, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Zeekr 7X lancar di Menara KL

ZEEKR Malaysia secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik premium, Zeekr 7X untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM179,800 menara.

Zeekr 7X, yang dilancarkan di Menara KL, KualaLumpur itu ditawarkan dalam tiga varian pilihan:

  • RWD Standard - RM179,800
  • RWD Long Range - RM190,800
  • AWD Performance - RM226,800

Kuasa Meyakinkan

Ketiga-tiga varian menggunakan arkitektur 800V dengan pengecasan pantas (DC) hingga 450kW, dan pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat (AWD Performance).

Jarak pemanduan pula sejauh 615km (mengikut ujian WLTP) untuk varian Long Range.

Rekabentuk, Teknologi

Zeekr 7X lancar di Malaysia

Direka pereka Jerman Stefan Sielaff di Gothenburg, Sweden, Zeekr 7X mengetengahkan falsafah rekabentuk 'Hidden Energy' (Tenaga Tersembunyi) dengan profil aerodinamik moden.

SUV EV itu dilengkapi tirai cahaya pintar 93 inci di depan, paparan LED terbesar dunia untuk EV dan lampu ambien 256 warna dalam kabin.

Ruang Dalaman Mewah, Pintar

Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
  • Kerusi kulit Nappa (AWD Performance)
  • Bumbung suria panoramik, terbesar dalam segmen (1.84 meter persegi )
  • Sistem bunyi ZEEKR Sound Pro dengan 21 pembesar suara 2,160W
  • Paparan dongak realiti terimbuh (AR-HUD) 36 inci, dan unit infotainmen 16 inci 3.5K

Prestasi, Keselamatan

Model AWD Performance dipacu sistem dwimotor berkuasa 475kW dan tork 710Nm, serta dilengkapi suspensi udara Magic Carpet dan brek Akebono.

Dari segi keselamatan, Zeekr 7X mendapat rating 5 bintang Euro NCAP, struktur badan kekuatan tinggi, perlindungan bateri NTP, dan melepasi lebih 40 ujian perlanggaran ekstrem.

SUV itu turut menawarkan teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) L2.5 dan menjadi kenderaan elektrik (EV) pertama dunia dengan rating keselamatan dwi-elektromagnetik (EM).

Waranti, Pakej Pemilikan

Pembeli Zeekr 7X dipakejkan dengan:

  • Waranti kenderaan lima tahun atau 150,000km
  • Waranti bateri lapan tahun atau 160,000km
  • Pengecas dinding (wall charger) 22kW
  • Filem solar percuma
  • Khidmat bantuan jalan raya 24 jam

Warna, Pilihan Tambahan

Ada empat warna pilihan ditawarkan:

  • CrystalWhite (putih)
  • Onyx Black (hitam)
  • Tech Grey (kelabu)
  • Forest Green (hijau)

Varian AWD Performance hadir dengan warna eksklusif, Brook Blue (biru) dwi-tona dalam pilihan kabin Purple (ungu) atau White (putih), serta rim tempa 21 inci (tambahan kos).

Dengan pelancaran itu, Zeekr 7X menetapkan penanda aras baharu untuk segmen SUV elektrik premium di Malaysia yang menggabungkan teknologi, prestasi, dan kemewahan pintar.

Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7 X 2025 di Malaysia
Zeekr 7 X 2025 di Malaysia
Zeekr 7 X 2025 di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7 X 2025 di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Zeekr 7X lancar di Malaysia
Logo Zeekr

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV Elektrik, SUV Elektrik Premium, Zeekr 7X, Zeekr 7X 2025, Zeekr Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my