• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Promosi Pas Bulanan MyPutrajaya KLIA Transit, Serendah RM75 Sebulan untuk Penjawat Awam!

Promosi Pas Bulanan MyPutrajaya KLIA Transit, Serendah RM75 Sebulan untuk Penjawat Awam!

August 25, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Pas bulanan MyPutrajaya untuk penjawat awam

BERITA baik kepada semua penjawat awam Malaysia! Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) melancarkan promosi Pas Bulanan MyPutrajaya untuk perjalanan harian menggunakan KLIA Transit ke Putrajaya.

Pada harga bermula serendah RM75 sebulan, warga Kerajaan kini boleh menikmati perjalanan cepat, selesa dan menjimatkan untuk tempoh promosi selama tiga bulan.

Maklumat Promosi Pas Bulanan MyPutrajaya

Laluan KLIA Transit

Berikut maklumat mengenai promosi Pas Bulanan MyPutrajaya:

  • Tempoh Pembelian: 25 Ogos - 31 Oktober 2025
  • Tempoh Perjalanan: 1 September - 30 November 2025
  • Harga: Bermula RM75 sebulan
  • Kelayakan: Penjawat awam Malaysia (perlu disahkan dengan MyKad dan ID Kakitangan Kerajaan)
  • Pendaftaran: Klik SINI untuk daftar

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Pelanggan ERL di talian 03-2267 8000 (Isnin - Jumaat, jam 8:30 pagi - 6 petang) atau e-mel kepada [email protected].

Maklumat tambahan seperti infografik promosi, terma dan syarat serta FAQ boleh layari laman rasmi KLIA Ekspres.

Jimat Kos, Sokong Pengangkutan Awam

Tren ERL KLIA Transit

Promosi itu bukan saja membantu penjawat awam menjimatkan kos perjalanan harian, tetapi menyokong agenda Kerajaan dalam menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Dengan KLIA Transit, perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya hanya mengambil masa 20 minit, jauh lebih pantas berbanding memandu sendiri pada waktu puncak.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Hari Kebangsaan ke-68, Hari Malaysia, KLIA Transit, Pas Bulanan MyPutrajaya, pengangkutan awam, Tren ERL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my