DICATI Malaysia rasmi memperkenalkan model 2025 baharu Panigale V2 dan Multistrada V2 melalui sesi pratonton eksklusif di bilik pameran utama Ducati sempena acara Naza Automania Vol3.
Acara itu turut disertai ahli kelab Ducati Owners Club (DOC) Malaysia, peminat setia Ducati dan wakil pengedar rasmi.
Sorotan Acara Pratonton
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Naza Automotive Holdings, Rizal Jailan berkata;
Panigale V2 dan Multistrada V2 baharu ini mencerminkan keseimbangan sempurna antara inovasi, prestasi dan gaya, sekali gus menjadikan pengalaman Ducati lebih mudah dicapai penunggang di Malaysia.”
Enjin V2 Baharu: Ringan, Berkuasa
Kedua-dua model dikuasakan enjin 890cc V2 baharu patuh Euro5+ dengan berat hanya 54.4 kg, yang juga enjin kembar Ducati paling ringan, 9.4kg lebih ringan berbanding Superquadro 955.
Teknologi pemasa variabel Intake Variable Timing (IVT) membolehkan hantaran kuasa lebih lancar dalam semua julat rev, manakala 70 peratus tork maksimum tersedia seawal 3,000rpm.
Enjin itu juga menawarkan selang penyenggaraan lebih panjang dengan pemeriksaan kelegaan injap (valve clearance) setiap 45,000km.
Ducati Panigale V2 2025: Ringan, Tajam, dan Agresif
Sebagai supersport kembar Ducati paling ringan (179kg), Panigale V2 baharu direka dengan gabungan kelajuan dan kawalan lebih mudah.
Model V2 S pula hadir lebih ringan (176kg) dengan suspensi Öhlins, bateri litium-ion dan brek Brembo Monobloc M50.
Rekabentuk mengambil ilham Panigale V4 dengan lampu LED penuh, aerodinamik tajam dan ekor gaya MotoGP.
Tangki baharu dan pengurusan aliran udara dipertingkat untuk menambah keselesaan tanpa mengorbankan kawalan tayar depan.
Dikuasakan enjin 890cc V2, Panigale V2 menghasilkan output kuasa 120hp @ 10,750rpm dan 93.3Nm @ 8,250rpm. Sistem elektronik dikawal melalui unit injuran inersia (IMU) enam paksi, terdiri saripada ABS Belokan, Kawalan Traksi Ducati (DTC), Kawalan Wheelie Ducati (DWC), Kawalan Brek Enjin (EBC) dan Quickshift 2.0.
Semua fungsi iru dipaparkan pada panel meter TFT 5 inci dengan empat mod tunggang.
Ducati Multistrada V2 2025: Kembara Harian Lebih Selesa
Multistrada V2 baharu tampil sebagai model advencer middleweight yang lebih ringan (199kg) dengan rekabentuk serba baharu seperti muncung depan lebih pendek, aerodinamik bersepadu dan pelana boleh laras serendah 790mm untuk model V2 S.
Menggunakan enjin 890cc V2 dengan output kuasa 115hp @ 10,750rpm dan 92Nm @ 8,250rpm, Multistrada V2 menawarkan keseimbangan antara prestasi di jalan raya dan kemampuan rentas sempadan.
Model V2 S menerima tambahan suspensi Skyhook semi-aktif, Ducati Quick Shift (DQS), kawalan pelayaran, serta sistem elektronik premium termasuk Cornering ABS, DTC, DWC, Riding Modes dan sambungan telefon pintar.
Rekaan serba baharu dengan pencahayaan Full-LED, tempat duduk ergonomik serta binaan lebih ringan menjadikannya pilihan praktikal untuk tunggangan harian, kembara jauh mahupun jelajah hujung minggu.
Harga & Ketersediaan
Kedua-dua model Ducati Panigale V2 2025 dan Multistrada V2 2025 kini boleh ditempah di pengedar rasmi Ducati Malaysia seluruh negara. Harga bermula dari:
- Panigale V2 2025: RM125,000.00
- Multistrada V2 2025: RM112,000.00
Leave a Reply