SIME Darby Auto ConneXion-Ford (SDAC-Ford) hari ini melancarkan Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel baharu untuk pasaran Malaysia pada harga RM192,888 untuk Semenanjung, dan RM198,688 (Sabah, Sarawak).
Trak pikap itu dikatakan siri Ranger WildTrak paling berkuasa pernah ditawarkan di pasaran tempatan dengan enjin 3.0L V6 Turbodiesel yang menghasilkan output kuasa 250hp dan tork 600Nmb
Prestasi Tinggi, Keupayaan Maksimum
Enjin V6 baharu kali ini dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (4WD) serta turut dilengkapi enam mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts, dan Sand bersama teknologi Advance 4WD Mode yang sesuai untuk pelbagai kondisi jalan sama ada di bandar, lebuh raya, atau laluan off-road.
Rekabentuk Moden, Teknologi Lampu Pintar
Rekabentuk luaran menyerlah dengan lampu utama LED Matriks C-Clamp, rim aloi 20 inci, dan gril depan lebih premium. Ciri praktikal seperti lampu lantai (puddle light) pada cermin sisi memudahkan pemandu memarkir malam.
Kabin Premium Sentuhan Digital
Bahagian dalaman dipertingkat menyerupai kenderaan utiliti sukan (SUV) moden sengan menawarkan ciri seperti:
- Unit infotainmen 12 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
- Kluster instrumen TFT digital 8 inci
- Pad pengecas wayarles dan port USB khas untuk kamera pemuka (dashcam)
- Material kabin premium yang lebih selesa dan ergonomik
Keselamatan Taraf Tinggi
Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel hadir dengan sistem keselamatan komprehensif untuk memastikan pemanduan lebih selamat, sama ada di lebuh raya atau kawasan bandar sibuk:
- Sistem Maklumat Titik Butan (BLIS)
- Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti & Mula
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Brek Pra-Perlanggaran (PCB)
Harga, Warna dan Promosi
Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 ditawarkan dalam empat pilihan warna:
- Arctic White (putih)
- Absolute Black (hitam)
- Luxe Yellow (kuning)
- Meteor Grey (kelabu)
Harga jualan bermula RM192,888 (Semenanjung Malaysia) dan RM196,688 (Sabah dan Sarawak).
Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menikmati pakej servis lanjutan dua tahun percuma, beg penyejuk edisi khas, dan kerusi khemah eksklusif Ford untuk pembelian dalam talian.
Selepas Jualan Lebih Mudah
SDAC-Ford juga memperkenalkan perkhidmatan servis bergerak Ford Mobile Service (FMS) di Ara Damansara dan Petaling Jaya yang membolehkan pelanggan membuat servis kenderaan tanpa perlu hadir ke pusat servis.
Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel 2025 bukan sekadar sebuah trak pikap, tetapi gabungan kuasa, teknologi dan gaya hidup premium sebagai pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan prestasi dan keselesaan dalam satu pakej.
Leave a Reply