PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, GAC Emkoo 2025 kepada media tempatan, termasuk mengadakan sesi pandu uji eksklusif di Putrajaya.
Buat masa ini, SUV segmen-C itu masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Bagaimanapun, WTC Automotif memberi anggaran harga bermula RM120,000 untuk varian Premium dan RM130,000 (Premium Pro).
Rekaan Agresif, Futuristik
GAC Emkoo menampilkan bahasa rekabentuk mecha design dengan lampu depan Matrix-style yang menyerlahkan identiti moden. Dari sisi kelihatan rim aloi 19 inci dwi-tona dan garis badan maskular yang menyerlahkan imej sporty.
Rupa belakang tidak kurang menarik dengan lampu bentuk-X dan spoiler bumbung untuk gaya aerodinamik.
Pilihan Warna
Ada lima pilihan warna ditawarkan untuk GAC Emkoo 2025:
- Star Lake Green (hijau)
- Super Star Silver (perak)
- Graphite Grey (kelabu)
- Asphalt Black (hitam)
- Frost White (putih)
Kabin Teknologi Tinggi
Ruang kabin GAC Emkoo dihidangkan kluster instrumen digital 7 inci (Premium) atau 10.25 inci (Premium Pro), dan unit infotainment 10.1 inci dengan konektiviti Apple CarPlay wayarles dan Android Auto.
Ciri Menarik Lain
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan (Premium) atau 12-tetapan dengan memori dan kerusi penumpang depan 4-tetapan (Premium Pro)
- Lampu ambien dalam kabin pelbagai warna
- Pengecas telefon pintar wayarles 50W dengan sensor haba pintar Smart Heat Sensor
- Penyaman udara dengan penapis PM2.5 dan ionizer
- Varian Premium Pro mendapat cermin sisi boleh laras elektrik dengan fungsi pemanas, memori dan kamera pandang tepi (curb-view)
Enjin 1.5L Turbo - Kuasa, Efisiensi
Kedua-dua varian dipacu enjin 1.5L Turbo TGDi yang menghasilkan output kuasa 177ps (175hp) @ 5,500rpm dan tork 270Nm @ 1,400rpm-4,500rpm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah (7WDCT).
Walaupun berkuasa, GAC mendakwa penggunaan bahan api cuma 6.6 liter per 100km mengikut ujian NEDC yang menjadikan SUV itu sesuai untuk pemanduan harian dan perjalanan jauh.
Sistem Keselamatan, ADAS Tahap 2
Dari segi keselamatan, GAC Emkoo 2025 dilengkapi enam beg udara, sistem kamera 540° pandangan keliling, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) dan pelbagai ciri bantuan pemandu yang menjadikan model itu antara SUV kompak paling lengkap dalam kelas.
Antara teknologi keselamatan utama diberikan ialah:
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2
- Bantuan Parkir Automtik Penuh (FAPA) - Sistem parkir automatik penuh tanpa perlu kawalan pemandu
- Kawalan Jelajah Adaptif ACC, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), dan Pengesan Titik Buta (BSD)
Waranti, Harga (Anggaran)
GAC menawarkan waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km, dan waranti enjin 7 tahun atau 180,000km untuk ketenangan pembeli.
Harga Anggaran (Semenanjung Malaysia)
- Premium - Bermula RM120,000
- Premium Pro - Bermula RM130,000
Leave a Reply