• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SIC Komited Sambung Kontrak MotoGP Malaysia Selepas 2026

SIC Komited Sambung Kontrak MotoGP Malaysia Selepas 2026

August 20, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MotoGP Malaysia 2024 di Sepang

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) menegaskan komitmen mengekalkan MotoG Malaysia sebagai acara antarabangsa terpenting selepas 2026, sekali gus memperjelas laporan media baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif baru-baru ini merujuk secara khusus usaha memperbaharui kontrak MotoG Malaysia melepasi 2026, dan bukan berkaitan kemungkinan kembalinya Formula Satu (F1) ke Malaysia.

Formula Satu Bukan Keutamaan Semasa

F1 di Sepang pada 2017
F1 di Sepang pada 2017

Walaupun F1 kekal sebahagian penting dalam sejarah litar, SIC menjelaskan usaha mendapatkan kembali hak penganjuran perlumbaan itu adalah rumit dan melibatkan kos tinggi.

Justeru keutamaan ketika ini adalah memastikan kesinambungan MotoGP yang lebih dekat di hati peminat tempatan dan lebih mudah dari segi penganjuran.

Kontrak MotoG Hingga 2026

Francesco Bagnaia juara MotoGP Malaysia 2024

Buat masa ini, kontrak Malaysia bagi penganjuran MotoG adalah hingga 2026. SIC komited bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dorna Sports SL, dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan acara bertaraf dunia itu terus berlangsung di Malaysia.

SIC juga akan terus menyediakan data menyeluruh mengenai impak ekonomi, pelancongan dan pembangunan untuk menyokong proses membuat keputusan berinformasi mengenai masa depan MotoGP di negara ini.

SIC turut memberikan penghargaan terhadap sokongan padu peminat dan pihak berkepentingan, serta mengulangi iltizam untuk memastikan masa depan MotoGPdi Malaysia kekal terjamin demi manfaat penyokong, rakan kongsi dan negara.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2026 MotoGP, Auto Terkini, Kontrak MotoGP Malaysia, Litar Antarabangsa Petronas Sepang, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP, MotoGP Malaysia, MotoGP Malaysia 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my