• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap Rai Legasi Pasukan Lumba ANDIAL

Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap Rai Legasi Pasukan Lumba ANDIAL

August 20, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap

PORSCHE meraikan ulang tahun ke-50 ANDIAL dengan memperkenalkan 911 GT3 (Type 992.2) dengan 911 Design Wrap baharu yang ditawarkan secara eksklusif.

Pakej khas itu mengambil ilham antara liveri sukan permotoran paling ikonik, iaitu ANDIAL 935-L, yang kali pertama diperkenalkan kepada umum di acara Porsche Club of America Werks Reunion.

Porsche 935-L ANDIAL
Porsche 935-L ANDIAL

ANDIAL ialah syarikat sukan permotoran dan talaan dari Amerika Syarikat (AS) yang namanya dibentuk melalui gabungan tiga pengasas: Arnold Wagner (AN), Dieter Inzenhofer (DI) dan Alwin Springer (AL).

Ditubuhkan pada 1975, ANDIAL berkembang menjadi antara nama paling berjaya dan dihormati dalam talaan prestasi Porsche, sama ada untuk perlumbaan litar atau kegunaan jalan raya. Kereta dan enjin talaan ANDIAL pernah memenangi perlumbaan dalam hampir semua litar utama di Amerika Utara.

Selain penglibatan dalam perlumbaan, ANDIAL turut membangunkan aplikasi talaan prestasi untuk jalan raya. Kepakaran itu diperoleh melalui pengalaman dalam perlumbaan enduran, termasuk kejuaraan 24 jam antarabangsa seperti24 Hours of Daytona yang menuntut prestasi maksimum konsisten dan reliabiliti setiap komponen kenderaan.

Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap

Hasil pembelajaran itu diaplikasikan pada talaan jalan raya yang menjadikan nama ANDIAL bukan saja terkenal di litar, tetapi juga di jalan raya selama beberapa dekad.

Balutan Porsche 911 Design Wrap dipasang manual pasukan divisyen khas Porsche Exclusive Manufaktur di Zuffenhausen, Jerman, dan ditawarkan sebagai opsyen tambahan melalui Porsche Configurator pada harga AS$7,680 (RM32,430).

Bagi pelanggan 911 GT3 sedia ada, Porsche turut merancang menawarkan pilihan retrofit rekaan itu pada tarikh kemudian.

Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap

Pakej itu meliputi set pelekat rekaan ANDIAL, nombor awal dua digit pada pintu dan bonet yang boleh ditentukan pelanggan atau dibiarkan kosong, serta bendera negara atau nama pemandu yang boleh diletakkan atas pintu pemandu dan penumpang.

Porsche Exclusive Manufaktur turut menawarkan aksesori tambahan seperti kunci dengan cat khas, sarung kunci, beg manual, karpet kaki dan pelapik pintu dengan logo ANDIAL untuk memberikan sentuhan personalisasi lebih menyeluruh.

Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 911 GT3 dengan 911 Design Wrap
Porsche 935-L ANDIAL
Porsche 935-L ANDIAL
Porsche 935-L ANDIAL

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 911 Design Wrap, ANDIAL, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 GT3, Porsche Exclusive Manufaktur, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my