• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Salur Peruntukan RM100,000 kepada Peserta Program RXZ Members 7.0

Kerajaan Salur Peruntukan RM100,000 kepada Peserta Program RXZ Members 7.0

August 19, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PMX sumbang RM100,000 untuk program RX-Z Members 7.0

KERAJAAN menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta Program RXZ Members 7.0 2025 sebagai bukti komitmen dan sokongan penuh terhadap penganjuran acara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI mengiktiraf peranan dan sumbangan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim, dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi.

Platform Utama Komuniti Permotoran

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar berkata, program ini akan menjadi platform utama menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi.

Selaras tekad Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat, aspek keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan.

”Justeru, saya menyeru semua peserta dan penganjur supaya mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab, serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa demi menjamin kelancaran dan keselamatan sepanjang acara berlangsung," katanya.

Penekanan Aspek Keselamatan

Program RX-Z Members

Anwar turut memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarahkan memberikan bantuan dan kawalan sewajarnya bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang program berlangsung.

Acara di Terengganu

Program RX-Z Members 7.0

Program RXZ Members 7.0 dijadual berlangsung Sabtu ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu. Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengajak semua peserta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan dan kecintaan terhadap tanah air.

Semangat Perpaduan dan Patriotisme

Semoga program ini bukan saja menjadi wadah permotoran yang positif, tetapi juga medan memperkukuh perpaduan nasional dan semangat patriotisme rakyat Malaysia.

"Kerajaan MADANI akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang membawa manfaat bersama, memperkukuh perpaduan, serta membina budaya permotoran yang positif, selamat, dan berdaya maju demi kemakmuran negara," kata Anwar.

Selain sumbangan berbentuk kewangan, beliau turut memaklumkan perbincangan lanjut mengenai keperluan seterusnya akan diadakan bersama pihak penganjur pada minggu depan.

Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, himpunan rxz member, Program RXZ Members 7.0 2025, rxz member 7.0

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev