• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Elektrik Yadea RS20 2025 Lancar untuk pasaran Malaysia, Harga RM4,998

Skuter Elektrik Yadea RS20 2025 Lancar untuk pasaran Malaysia, Harga RM4,998

August 18, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Yadea RS20 2025

SKUTER elektrik Yadea RS20 2025 dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM4,998, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Skuter elektrik itu juga bakal mendapat rebat inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) dalam masa terdekat, dan kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh negara.

Rekabentuk, Warna

Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20

Yadea RS20 2025 hadir dalam tiga warna kelabu menarik: Khaki Grey, Roman Grey dan Grey dengan rekabentuk kompak dan sporty menjadikan skuter itu sesuai untuk tunggangan bandar.

Prestasi, Bateri

Yadea RS20 2025 digerakkan motor berkuasa 2.45kW (3.3hp), dan tork 107Nm, manakala kelajuan maksimum 51kmj.

Skuter itu menggunakan bateri grafena (graphene) 72V22Ah yang boleh dicas 0-80 peratus dalam masa enam jam, manakala pengecasan penuh 0-100 peratus mengambil masa lapan jam. Sekali cas penuh mampu ditunggang sejauh sekitar 105km.

Dimensi, Berat

Yadea RS20 2025

Yadea RS20 2025 memiliki dimensi panjang 1,820mm, lebar 666mm, dan tinggi 1,130-1,290mm, manakala jarak roda 1,298mm. Jarak tinggi bumi 180mm, dan tinggi pelana 765mm, manakala berat keseluruhan 114kg (dengan bateri) dan 72kg (tanpa bateri) dengan sudut daki maksimum 13°.

Suspensi, Brek

Yadea RS20 2025

Skuter elektrik itu dipasangkan rim 12 inci dengan tayar tiubles  90/80 di depan dan belakang. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber (belakang).

Sistem brek didatangkan dengan sistem brek kombi (CBS) dengan brek cakera di depan dan brek dram (belakang).

Teknologi, Kemudahan

Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025

Yadea RS20 2025 boleh disambungkan kepada  aplikasi YADEA App (iOS dan Android) menerusi kod QR yang menyokong tiga cara membuka kunci, sama ada kunci mekanikal, kawalan jauh, atau aplikasi YADEA.

Ciri lain skuter elektrik itu adalah:

  • Sistem lampu LED untuk lampu utama, lampu belakang, dan lampu signal belok
  • Panel meter digital
  • Port pengecas USB Type-A
  • Fungsi gear undur
  • Ada dua mod tunggang: S (Sport) dan E (Eco)
  • Ruang simpanan depan dan bawah pelana
  • Rak belakang, suis keselamatan tongkat sisi (side stand), dan sistem kunci mekanikal

Waranti, Perkhidmatan

Yadea RS20 2025

Setiap pembelian Yadea RS20 2025 dipakekan dengan waranti pengilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu), tertakluk terma dan syarat. Pembeli juga boleh mendapatkan alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

Pada harga mampu milik, teknologi pintar dan jarak tunggangan praktikal, Yadea RS20 2025 adalah pilihan ideal untuk pengguna bandar yang mencari skuter elektrik moden, mesra alam dan praktikal untuk kegunaan harian jarak dekat.

Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20 2025
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20
Yadea RS20

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: roda2, Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), skuter elektrik, Skuter EV, Yadea, Yadea RS20, Yadea RS20 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my