QJMOTOR Malaysia memperkenalkan sportbike terbaharu, QJMotor SRK250R 2025 sempena majlis perasmian Mforce SmartShop W H S Motor Sdn Bhd, di Banting, Selangor, yang juga SmartShop ke-18 di Malaysia dan kelima di Selangor.
Sportbike itu ditawarkan pada harga promosi RM9,988, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, khas untuk 1,000 pemilik pertama yang sudah boleh didapati di semua pengedar sah Mforce Bike Holdings Sdn Bhd seluruh negara.
Rekabentuk Sporty dan Pilihan Warna Menarik
QJMotor SRK250R 2025 menampilkan rekabentuk agresif dan moden yang sesuai untuk penunggang muda yang mahukan gaya dan prestasi dalam tiga warna pilihan:
- Red Silver (merah-perak)
- Blue (biru)
- Black (hitam)
Spesifikasi QJMotor SRK250R
- Dijana enjin silinder tunggal4-injap 249cc DOHCpenyejukan cecair dengan sistem bahan api elektronik (EFI)
- Kuasa 20.5kW @ 9,500rpm, dan tork 22.5Nm @ 7,250rpm
- Saiz gerek dan lejang 72.0mm x 61.2mm
- Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat
Dimensi dan Kapasiti
- Dimensi panjang 2,010mm, lebar 770mm, dan tinggi 1,125mm, manakala jarak roda 1,360mm
- Tinggi pelana 780mm
- Jarak tinggi bumi 135mm
- Berat 162kg
- Kapasiti tangki petrol 12.5 liter
Suspensi, Sistem Brek
- Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock boleh laras (belakang)
- Sistem brek cakera 300mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan brek cakera 240mm dengan ABS (belakang)
- Bahagian roda menggunakan rim 17 inci dengan tayar 110/70-R17 di depan, dan 140/60-R17 (belakang)
Teknologi, Ciri Moden
- Panel meter digital penuh warna
- Sistem LED penuh pada lampu utama, lampu belakang dan lampu signal belok
- Lampu kecemasan
- Cermin depan statik
- Port USB Type-A dan Type-C
- Konektiviti Bluetooth dengan fungsi panggilan telefon dan WhatsApp
Harga, Waranti
- Harga promosi RM9,988 untuk 1,000 unit pertama, tidak termasuk cukai jalan dan insurans
- Waranti 2 tahun tanpa had perbatuan
- Sokongan selepas jualan alat ganti tulen yang boleh dibeli secara dalam talian melalui Mforce
Sportbike 250cc Paling Mampu Milik
Kehadiran QJMotor SRK250R 2025 membuktikan kesungguhan jenama itu untuk menawarkan sportbike mampu milik dengan teknologi moden, sesuai untuk penunggang harian dan peminat gaya sporty. Pada harga bawah RM10,000 dan waranti komprehensif, model itu dijangka menjadi antara pilihan utama dalam segmen sportbike 250cc di Malaysia.
Red Silver
Blue
Black
Leave a Reply