Automobili Lamborghini memperkenalkan Fenomeno, model few-off edisi terhad. Model ini meraikan warisan Lamborghini dalam menghasilkan kereta eksklusif, inovasi teknikal dan rekaan ikonik dari Centro Stile, yang menandakan 20 tahun penghasilan model pertama sepenuhnya oleh pusat rekaan ini.
Fenomeno digelar “manifesto rekaan” Lamborghini, menonjolkan elemen reka bentuk ikonik.
Selain aerodinamik dan rekaan unik, Fenomeno dilengkapi V12 paling berkuasa dalam sejarah Lamborghini digabungkan dengan tiga motor elektrik, menghasilkan jumlah kuasa 1,080 ps dengan 835 ps daripada V12 aspirasi semula jadi dan 245 ps daripada motor elektrik.
Hanya 29 unit dihasilkan dan Fenomeno menyambung legasi model edisi terhad Lamborghini terdahulu seperti Reventón (2007), Sesto Elemento (2010), Veneno (2013), Centenario (2016), Sián (2019), Countach LPI 800-4 (2021).
Nama Fenomeno, mengikut tradisi Lamborghini, diambil daripada seekor lembu laga yang terkenal dan berani di Morelia, Mexico pada 2002.
Dalam satu pertarungan, lembu ini diampunkan kerana menunjukkan kualiti yang luar biasa. Dalam bahasa Itali dan Sepanyol, Fenomeno bermaksud 'fenomenal,' melambangkan sesuatu yang benar-benar luar biasa dan unik.
Enjin & Hibrid
- V12 6.5 liter kedudukan tengah, aspirasi semula jadi
- Tiga motor elektrik (dua depan, satu atas gearbox)
- Kuasa V12: 835 ps @ 9,250 rpm
- Tork V12: 725Nm @ 6,750 rpm
- Kuasa gabungan: 1,080 ps
- Bateri: 7 kWj lithium-ion
- Transmisi: dwi-klac 8-kelajuan, pacuan semua roda
- Motor elektrik depan: 110 kW setiap satu, fungsi torque vectoring & brek regeneratif
Prestasi
- 0-100 km/j: 2.4 saat
- 0-200 km/j: 6.7 saat
- Kelajuan maksimum: >350 km/j
- 100-0 km/j: 30 m
- Nisbah kuasa-berat: 1.64 kg/ps
Rekaan
Fenomeno menampilkan rekaan longtail, garis tunggal tengah, dan permukaan aerodinamik kemas.
- Depan: bonet dengan dua liang udara besar, lampu DRL menyerupai tanduk lembu, logo Lamborghini baharu.
- Sisi: garis tunggal dari hud hingga belakang, sirip karbon bawah untuk aerodinamik dan lengkung roda.
- Belakang: sayap menyambung ke arka roda, lampu belakang menegak bentuk-Y, diffuser karbon dan terminal ekzos heksagon.
- Rim forged satu nat: 21 inci depan, 22 inci belakang
- Tayar Bridgestone Potenza Sport: 265/30 ZRF21 depan, 355/25 ZRF22 belakang
Kabin
- Gentian karbon menjadi elemen utama di kabin, bermula dari konsol tengah, panel pintu hingga kerusi bucket.
- Liang udara pada kluster instrumen dihasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D.
- Sistem lampu ambien menonjolkan bentuk kabin yang seperti kapal angkasa, menjadikan pengalaman pemanduan lebih istimewa.
- Kedudukan pemanduan sporty dan stereng perlumbaan memaksimakan penglibatan pemandu.
- Program Ad Personam membolehkan pelanggan pilih lebih 400 warna luaran dan pelbagai pilihan dalaman.
Aerodinamik
- S-Duct di hadapan meningkatkan beban aerodinamik depan.
- Aliran udara dibimbing ke saluran enjin dan sayap belakang rekaan omega.
- Pintu berfungsi menyalurkan udara ke liang sisi, meningkatkan penyejukan komponen 30% lebih efisien.
- Difuser besar dan sirip karbon menstabilkan kereta pada kelajuan tinggi.
Brek & Suspensi
- Brek CCM-R Plus carbon-ceramic seperti teknologi LMDh.
- Cakera brek 3D dengan gentian karbon panjang, tahan lasak, geseran tinggi.
- Suspensi talaan sport boleh kalibrasi untuk litar atau jalan.
Dinamik & Sensor
- Sensor 6D mengukur pecutan dan halaju sudut (pitch, roll, yaw) masa nyata.
- Sistem IVE (Integrated Vehicle Estimator) menggunakan Kalman filtering, mengawal sistem brek (IBC) dan kestabilan selekoh.
Tayar
- Bridgestone Potenza Sport saiz 21/22 inci dengan Run Flat Technology.
- Pilihan semi-slick untuk prestasi litar homologasi jalan raya.
- Direka menggunakan Virtual Tyre Development bagi pengurangan penggunaan bahan mentah dan pelepasan CO₂.
Spesifikasi Teknikal
Dimensi
- Panjang: 5,014 mm
- Lebar: 2,076 mm
- Tinggi: 1,161 mm
- Jarak roda: 2,779 mm
Brek
- Depan: 420x40 mm
- Belakang: 410x32 mm
Prestasi
- 0-100 km/j: 2.4 s
- 0-200 km/j: 6.7 s
- Kelajuan maksimum: >350 km/j
- 100-0 km/j: 30 m
- Nisbah kuasa-berat: 1.64 kg/ps
Leave a Reply