• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemalangan Pemandu Warga Emas Meningkat, Perlu Gubal Akta Baharu?

Kemalangan Pemandu Warga Emas Meningkat, Perlu Gubal Akta Baharu?

August 14, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemandu warga emas

LAPORAN terbaharu polis menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya melibatkan pemandu berusia 61 tahun ke atas antara 2019 dan 2024 semakin meningkat.

Data berkenaan menimbulkan persoalan mengenai kewajaran warga emas dibenarkan terus memandu, atau akta baharu perlu digubal?

Statistik Kemalangan Meningkat

Kemalangan jalan raya Malaysia

Berdasarkan data 2019 hingga 2024, lebih 19,800 pemandu warga emas terbabit kemalangan jalan raya seluruh Malaysia. Statistik polis mendedahkan:

  • 6,733 orang kehilangan nyawa
  • 2,132 orang cedera parah
  • 10,947 orang cedera ringan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyifatkan angka itu sebagai kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.

Bukan Faktor Usia Semata-mata

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

Mohd Yusri berkata, usia bukan satu-satunya punca kemalangan, tetapi jelas menunjukkan perlunya perhatian lebih terhadap aspek keselamatan jalan raya.

Isu ini tidak wajar dinilai berdasarkan umur semata-mata. Sebaliknya, perlu disokong dengan penilaian kesihatan dan kemampuan individu untuk memastikan kelayakan memandu dengan selamat," katanya.

Cadangan Penilaian Kesihatan

Pemandu warga emas
Pemandu warga emas

Walaupun JSPT tidak mencadangkan larangan penuh terhadap warga emas memandu, Mohd Yusri menekankan kepentingan penilaian kesihatan dan keupayaan memandu secara berkala. Katanya, kebanyakan warga emas masih memerlukan kereta untuk ke masjid atau mengambil cucu.

Peranan Kementerian Pengangkutan

Beliau turut menggesa kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi menilai dan melaksanakan sebarang keputusan mengenai warga emas, termasuk potensi penggubalan peraturan jalan raya baharu.

Isu tersebut kini menjadi perbincangan hangat yang memerlukan keseimbangan antara hak mobiliti warga emas dan aspek keselamatan pengguna jalan raya lain.

SUMBER: NewStraitsTimes

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), JSPT, Kemalangan Warga Emas, memandu, Pemandu Warga Emas, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Statistik Polis, Warga Emas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my