• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BYD Yangwang U9 Track Edition 2026 - Supercar EV Empat Motor Elektrik Berkuasa 2,980hp!

BYD Yangwang U9 Track Edition 2026 - Supercar EV Empat Motor Elektrik Berkuasa 2,980hp!

August 12, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

BYD Yangwang U9 Track Edition 2026

KEMENTERIAN Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT) mendedahkan butiran supercar elektrik pacuan semua roda (AWD) ekstrem, BYD Yangwang U9 Track Edition.

Supercar EV itu dilengkapi empat motor elektrik (satu setiap roda) dengan setiap roda menghasilkan kuasa 555kW, menjadikan jumlah output 2,220kW (2,980hp). Kelajuan maksimum dicatat pada 350kmj yang jauh mengatasi model model pengeluaran semasa, U9 yang hanya 960kW (1,290hp).

Rekabentuk, Ciri

BYD Yangwang U9 Track Edition 2026

BYD Yangwang U9 Track Edition 2026 mengekalkan rekabentuk asas model semasa dengan kemasan merah dan pakej hitam berkilat.

Bahagian roda dipasangkan rim 20 inci dengan tayar 325/35 R20, dan dilengkapi bumbung karbon, sayap belakang tetap karbon, dan difuser belakang dengan bilah boleh laras. Opsyen tambahan termasuk spliter gentian karbon dan sayap belakang elektrik.

Dimensi

BYD Yangwang U9 Track Edition 2026

  • Panjang: 4,966-4,991mm
  • Lebar: 2,029mm
  • Tinggi: 1,311-1,351mm
  • Jarak roda: 2,900mm
  • Berat kosong: 2,480kg

Kuasa, Bateri

BYD Yangwang U9 Track Edition 2026

Model semasa U9 menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 80kWh dengan jarak pandu 450km (CLTC) dan sokongan pengecasan pantas (DC) hingga 500kW yang mampu mengecas 30-80 peratus sepantas 10 minit.

Sistem suspensi menggunakan wishbone ganda di depan dan multi-link di belakang yang disepadu sistem kawalan badan pintar DiSus-X.

Rekod, Sasaran Baharu

U9 ialah model perdana Yangwang. Pada 2024, model itu mencatat kelajuan tertinggi 391.94kmj sebagai rekod kereta pengeluaran China dengan catatan masa 7:17.900 di Nürburgring.

Dengan kuasa lebih 3,000ps, BYD Yangwang U9 Track Edition 2026 kini mengatasi kereta hiper elektrik seperti Lotus Evija (1,972hp) dan Rimac Nevera (1,914hp). Tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.

 

SUMBER: CarNewsChina

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BYD YangWang U9, BYD YangWang U9 Track Edition, kereta elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev