• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Mansuh Cukai Jalan Motosikal Bawah 150cc Bukan Langkah Bijak

Pakar: Mansuh Cukai Jalan Motosikal Bawah 150cc Bukan Langkah Bijak

August 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Prof Dr Law Teik Hua - UPM

CADANGAN pemansuhan cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi motosikal bawah 150cc mungkin kedengaran sebagai langkah meringankan beban rakyat, tetapi berpotensi menjejaskan usaha Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, langkah itu juga akan mengurangkan sumber dana bagi pembinaan dan penaiktarafan jalan raya negara ini.

Cukai Jalan Bantu Dana Penyelenggaraan, Keselamatan

Cukai jalan motosikal

Dr Law berkata, walaupun kadar cukai jalan bagi motosikal bawah 150cc rendah, tetap memberi sumbangan kepada perbelanjaan membina dan menyelenggara infrastruktur jalan raya.

Objektif utama cukai adalah memastikan jalan raya dapat dibina dan dibaik pulih. Jika dimansuhkan, siapa akan membayar kos tersebut?" katanya.

Menurutnya, walaupun motosikal kurang memberi impak kepada kerosakan jalan, pemansuhan cukai jalan akan memberi isyarat seakan menggalakkan lebih ramai, terutama anak muda menggunakan kenderaan persendirian.

Penggunaan Motosikal, Risiko Keselamatan

Penunggang motosikal di Malaysia

Dr Law turut mempersoalkan rasional cadangan tersebut memandangkan Kerajaan kini giat mempromosi penggunaan pengangkutan awam.

Pemansuhan cukai ini ibarat dorongan untuk rakyat mendapatkan lesen motosikal dan membeli motosikal baharu, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan. Kita bercakap soal nyawa, bukankah lebih baik kita galakkan mereka naik bas, LRT atau MRT?” katanya.

Cadangan Alternatif: Kurangkan, Bukan Hapuskan

Jika Kerajaan mahu mempertimbang bantuan kepada pemilik motosikal, beliau mencadangkan supaya cukai jalan dikurangkan, bukan dimansuhkan sepenuhnya.

Langkah itu boleh diterima jika terdapat alasan kukuh seperti keadaan ekonomi kurang baik, memandangkan kebanyakan pengguna motosikal datang daripada golongan berpendapatan rendah.

Data Menunjukkan Kepadatan Kenderaan Semakin Serius

Berdasarkan Statistik Tahunan Pengangkutan Malaysia 2024, jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia mencecah 38.7 juta unit, bersamaan 727 kenderaan bagi setiap 1,000 penduduk, melebihi jumlah penduduk negara iaitu 34.1 juta orang.

Daripada jumlah itu, 18.1 juta ialah kereta dan 17.5 juta ialah motosikal. Pertumbuhan tersebut didorong jualan kenderaan baharu mencecah 816,747 unit pada 2024, tertinggi dalam sejarah industri automotif negera.

Peningkatan Kenderaan Bertentangan Dasar Pengangkutan Awam

Kerajaan sebelum ini mengumumkan projek mega MRT3 bernilai anggaran RM68 bilion bagi meningkatkan mobiliti trafik dan mengurangkan kesesakan jalan raya.

Namun kadar penggunaan pengangkutan awam Malaysia masih rendah iaitu sekitar 25 peratus, jauh ketinggalan berbanding Singapura (67 peratus), Tokyo (73 peratus) dan Seoul (63 peratus).

Keutamaan Patut Diberi kepada Pengangkutan Awam

Bantuan Pengangkutan Awam

Pemansuhan cukai jalan motosikal bawah 150cc berisiko memberikan isyarat salah kepada rakyat, sebaliknya Kerajaan wajar menumpukan kepada:

  • Meningkatkan kualiti, liputan dan akses pengangkutan awam.
  • Mengurangkan cukai secara bersasar kepada golongan B40 jika perlu.
  • Menggunakan dana cukai jalan untuk menaik taraf infrastruktur dan keselamatan jalan raya.

Kita mesti tentukan arah. Adakah kita mahu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan, atau memberi galakan kepada penggunaan kenderaan persendirian?" - Prof Dr Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan UPM

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cukai Jalan Motosikal, Kenderaan Persendirian, Lesen Kenderaan Motor (LKM), Mansuh Cukai Jalan Motosikal Bawah 150cc, Motosikal 150cc, pakar, Profesor Madya Dr. Law Teik Hua, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev