• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Goodyear Perkenal Tayar Eagle F1 Asymmetric 6 dan Asymmetric 6 SUV di TASKL 2025

Goodyear Perkenal Tayar Eagle F1 Asymmetric 6 dan Asymmetric 6 SUV di TASKL 2025

August 11, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Tayar Rasmi TASKL 2025

GOODYEAR Tire & Rubber Company secara rasmi melancarkan tayar berprestasi tinggi Eagle F1 Asymmetric 6 dan Asymmetric 6 SUV di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini sekali gus menjadi tayar rasmi bagi TASKL 2025. Model terbaharu ini menampilkan teknologi terkini dengan kawalan pemanduan dan prestasi membrek yang unggul, serta telah memenangi pelbagai anugerah.

Warisan 45 Tahun Inovasi Eagle F1

Sejak debut pada 1980, siri Goodyear Eagle F1 terkenal dengan inspirasi dari dunia sukan permotoran, digunakan dalam kenderaan juara di bawah keadaan paling ekstrem.

Asymmetric 6 SUV membawakan pengalaman itu kepada pengguna harian, sama ada untuk kereta penumpang atau SUV. Pelancaran ini juga meraikan ulang tahun ke-45 jenama ikonik Eagle F1.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Ashwin Rajgopal, berkata tayar ini menggabungkan prestasi yang mengujakan dengan praktikaliti harian, menawarkan kawalan cemerlang, prestasi kering dan basah yang hebat, serta keselesaan.

Ia juga serasi dengan kenderaan elektrik (EV) bergantung pada spesifikasi pengeluar, sejajar dengan trend elektrifikasi di rantau ini.

Fokus Pasaran SUV Premium

Ketua Strategi & Pembangunan Saluran Goodyear, Michelle Wo, berkata pengenalan Asymmetric 6 SUV tepat pada masanya kerana segmen SUV premium di pasaran automotif terus berkembang pesat.

Sepanjang acara, Goodyear turut memperkenalkan rangkaian penuh Asymmetric 6 dan menawarkan promosi khas, pembeli tayar terpilih Goodyear bersaiz 17 inci ke atas pada Julai dan Ogos 2025 akan menerima kredit e-wallet Touch 'n Go sehingga RM200.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GoodYear, TASKL 2025, tayar baru, Tayar Goodyear, Tayar SUV, Touch 'n Go (TNG), Touch n' Go e-wallet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my