• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / LLM Nafi Dakwaan Penunggang Motosikal Mula Bayar Tol Oktober 2025

LLM Nafi Dakwaan Penunggang Motosikal Mula Bayar Tol Oktober 2025

August 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya penunggang motosikal akan mula membayar tol bermula Oktober 2025.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan bagi membetulkan maklumat mengelirukan yang dimuat naik akaun ebidmotor di Facebook, Instagram dan Tiktok pada 9 Ogos lalu.

Menurut LLM, hantaran berjudul 'Penunggang Motosikal Boleh Merasai Pengalaman Membayar Tol Mulai Oktober 2025 Ini' adalah tidak benar dan berpotensi menimbulkan salah faham, khususnya kepada pengguna motosikal, serta menjejaskan reputasi kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan syarikat konsesi lebuh raya.

Ujian Sistem Tol Terbuka ANPR, Bukan Caj Baharu Motosikal

PLUS mula projek rintis ANPR

LLM menjelaskan bahawa PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

  • Sekiranya ujian ini berjaya, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat di lebuh raya kendalian PLUS.
  • Objektif utama adalah:
    • Melancarkan aliran trafik di plaza tol
    • Meningkatkan keselesaan pengguna
    • Mengurangkan kesesakan

LLM menegaskan tiada perubahan kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini dan penunggang motosikal kekal tidak dikenakan bayaran tol.

Seruan LLM Kepada Pengguna Lebuhraya

LLM mengingatkan orang ramai supaya:

  • Tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu
  • Merujuk sumber rasmi dan kenyataan sahih pihak berkuasa
  • Mengelak dari terpengaruh dengan kandungan yang berunsur mengelirukan atau hasutan di media sosial

SUMBER: FB LLM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bayaran Tol Terbuka, Berita Palsu, Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu!
  • Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!
    Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
    Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev