• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bugatti Brouillard 2026, Model One-Off 'Programme Solitaire'

Bugatti Brouillard 2026, Model One-Off 'Programme Solitaire'

August 8, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Bugatti Brouillard 2025

BUGATTI tampil sebaris dengan Ferrari dan Lamborghini menerusi pengenalan perkhidmatan khas tempahan peribadi, dikenali 'Programme Solitaire'.

Melalui program itu, pemilik Bugatti boleh merekabentuk jentera unik mereka mengikut cita rasa sendiri, dan hasil pertama yang ditampilkan itu ialah model one-off luar biasa dinamakan Bugatti Brouillard.

Inspirasi Warisan Coachbuilding Bugatti

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard

'Programme Solitaire' diilhamkan daripada era coachbuilding awal abad ke-20, yang mana pengeluar kereta bekerjasama dengan pembina (builder) khas bagi menghasilkan kereta ikonik. Dalam sejarah Bugatti, pendekatan itu melahirkan model legenda seperti Type 57 SC Atlantic.

Setiap unit Solitaire akan menjadi unik dan tiada tandingan, dengan tahap ketelitian yang tiada pada mana-mana ciptaan automotif lain." - Hendrik Malinowski, Pengarah Urusan Bugatti.

Program itu hanya dibuka dua kali setahun kepada pelanggan setia Bugatti yang menjadikan setiap model dihasilkan benar-benar eksklusif.

Mengapa Brouillard?

Nama Brouillard (foto atas kanan) diambil sempena nama kuda kesayangan pengasas Bugatti, Ettore Bugatti (foto atas kiri). Kuda putih itu terkenal dengan kelajuan, keanggunan dan gaya menawan yang kini diterjemah terus ke dalam rekaan dan prestasi jentera tersebut.

Enjin W16 Masih Wujud

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard

Brouillard diasaskan daripada platform Bugatti, dijana enjin W16 dengan empat turbo yang menghasilkan output kuasa 1,622hp. Ia bukan sekadar pantas, tetapi simbol prestasi tertinggi dalam dunia kereta hiper.

Bahagian bawah kereta direka lebih gelap bagi memberikan efek visual lebih ringan di bahagian atas dan menjadikan roda tampak lebih besar. Elemen aerodinamik seperti saluran udara dan spoiler ekor itik (fixed ducktail spoiler) yang bukan saja menambah gaya, tetapi mengekalkan kestabilan pada halaju tinggi.

Kabin Eksklusif: dari Paris ke Dunia

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard

Masuk ke kabin, Brouillard dimeriahkan cahaya dari bumbung kaca sepenuhnya, disusuli padanan fabrik tartan dari Paris dan gentian karbon kehijauan.

Butiran seperti sulaman motif kuda pada panel pintu dan kerusi belakang memperkukuh identiti unik model itu. Tumpuan utama ialah tombol gear aluminium yang disepadu dengan kaca kristal bertatah seni.

Siapa Pemilik?

Bugatti tidak mendedahkan nama pemilik Brouillard, tetapi mendedahkan individu itu ialah pengumpul tegar barangan Bugatti, termasuk perabot ciptaan Carlo Bugatti dan arca gangsa Rembrandt Bugatti. Rekabentuk Brouillard dikatakan sebagai tribut kepada seluruh warisan famili Bugatti, bukan sekadar jenama automotif.

SUMBER: Driven.site

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Bugatti, Bugatti Brouillard, Bugatti Brouillard 2026, hypercar, Kereta Hiper, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my