LYNK & Co mengesahkan akan mendedahkan crossover 02 dalam masa terdekat sebagai model pengeluaran ketiga. Pada asalnya, pengeluar automotif dari China itu dikatakan bakal menggunakan nama 02 pada model sedan premium. Bagaimanapun, ketika Pameran Auto Shanghai, Lynk & Co didapati menggunakan nama 03 bagi model tersebut.
Ini bermakna, 02 bebas digunakan sebagai nama bagi slot antara kenderaan utiliti sukan (SUV) 01 dan sedan 03. Memetik kenyataan diberikan kepada Auto Express, Naib Presiden Lynk & Co, Alain Visser berkata;
Antara SUV 01 dan sedan 03 akan ada kenderaan jenis crossover yang kami akan dedahkan nanti. Ia SUV tetapi mungkin sedikit rendah. Anda akan saksikan kebanyakan kereta kami secara relatif bersaiz kecil."
Menurut Visser lagi, SUV 01 akan menjadi kenderaan pertama daripada tiga model Lynk & Co yang menyerang pasaran dan dijual di China bermula lewat tahun ini sebelum tiba di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan 2019.
BACA >>> Jenama Baru Geely - Lynk & Co Keluar Model Pertama Tahun Ini, Sasarkan Profesional Muda
ORANG MUDA JADI SASARAN
Beberapa tahun kemudian, crossover 02 akan menyertai barisan model lain bagi memeriahkan pasaran SUV/crossover sedia ada, manakala sedan 03 akan menjadi model terakhir dilancarkan.
Visser turut mendedahkan bahawa anak syarikat kepada gergasi automotif China, Geely itu sememangnya meletakkan golongan muda sebagai sasaran pembeli.
“Lynk & Co ialah kereta yang sangat sporty, kami juga mahu rasa sangat muda dari segi rekabentuk; mudah tanpa perlu jadi menjolok mata, tetapi dengan gaya memandu tangkas, sporty dan stail Eropah," katanya lagi.
GALERI
SUMBER: Car Scoops
Leave a Reply