• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?

Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?

August 4, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LRT3 sudah 93.3 peratus siap

TARIKH pembukaan rasmi Laluan LRT3 Shah Alam yang sebelum ini dijangka pada 30 September 2025 mungkin berdepan penangguhan.

The Star melaporkan perkara itu berpunca daripada aktiviti pengujian dan pentauliahan tren secara 24 jam yang kini sedang dijalankan Prasarana Malaysia Berhad.

Tarikh Tidak Pasti

Dalam kenyataan di Facebook bertarikh 25 Julai lalu, Prasarana mengesahkan ujian tren sedang dijalankan antara Stesen Bandar Utama ke depot Johan Setia, tetapi tiada sebarang tempoh dinyatakan secara rasmi.

Namun, pengguna media sosial mendapati hantaran tersebut sudah disunting. Versi awal hantaran menyebut aktiviti ujian itu akan berlanjutan hingga 31 Oktober 2025, iaitu sebulan selepas tarikh sasaran pembukaan asal.

Status Terkini Pembinaan

Peta laluan LRT3 Shah Alam

Setakat akhir Julai 2025, kemajuan projek LRT3 sudah mencapai 99.21 peratus siap. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut memaklumkan kos keseluruhan projek kini berjumlah RM21.93 bilion, iaitu RM9.72 bilion lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion ketika diperkenalkan pada 2015.

Fakta Menarik Laluan LRT3 Shah Alam

  • 25 stesen dari Bandar Utama hingga Johan Setia
  • Dua stesen tukar (interchange):
    • Bandar Utama – sambungan ke MRT Kajang
    • Glenmarie – sambungan ke LRT Kelana Jaya

Walaupun mengecewakan, tetapi penangguhan itu penting demi memastikan keselamatan operasi dan keselesaan penumpang apabila laluan tersebut mula beroperasi kelak.

SUMBER: TheStar

Related

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Komuter, LRT, LRT 3, LRT Shah Alam, Prasarana, Prasarana Malaysia Berhad, Shah Alam, Stesen lrt

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my