• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Segmen A+ dalam Dunia Automotif - Realiti Baharu SUV Kompak?

#TahukahAnda: Segmen A+ dalam Dunia Automotif - Realiti Baharu SUV Kompak?

August 6, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

SUV segmen-A+

JIKA anda perasan, makin banyak kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak sekarang muncul dengan gelaran pelik sikit - segmen-A+.

Itu bukan segmen-A, dan bukan juga segmen-B, tetapi berada 'antara' kedua-dua segmen tersebut. Jadi, apa sebenarnya segmen-A+ ini? Wujudkah secara rasmi atau sekadar istilah pemasaran pengeluar? Jom kita bedah topik ini!

Komen pembaca keliru pasal SUV segmen-A+

Apakah Itu Segmen A, B, C?

Dalam industri automotif, kenderaan dikategorikan mengikut segmen-A, -B, -C, -D dan seterusnya berdasarkan saiz fizikal seperti panjang, lebar, dan jarak roda (wheelbase), selain tahap prestasi serta kadangkala harga pasaran.

Jenis segmen kenderaan

Nota: Istilah 'subkompak' dan 'kompak' kadangkala bertindih. Misalnya, SUV seperti Honda HR-V dan Proton X50 biasanya diletakkan dalam segmen-B (subkompak), manakala sedan seperti Honda Civic dan Toyota Corolla tergolong dalam segmen-C (kompak sebenar).

Namun, itu bukan klasifikasi rasmi daripada badan antarabangsa, tetapi lebih kepada 'konvensyen industri' yang diterima umum seperti wartawan, jurnalis, pengeluar dan pengguna.

Jadi, Apakah Segmen A+?

Segmen-A+ ialah istilah tidak rasmi yang merujuk kepada model yang masih dibina berasaskan platform segmen-A, tetapi dengan dimensi dan praktikaliti menghampiri segmen-B.

  • Panjang dan jarak roda lebih besar daripada A
  • Tetapi tidak cukup besar atau premium untuk B sebenar
  • Banyak digunakan untuk SUV

Segmen seumpama itu biasanya digunakan pengeluar automotif dari China, Korea dan Asia Tenggara yang mahu menawarkan SUV pada harga mampu milik, yang luas dan lengkap seperti segmen-B.

Kenapa Tiba-tiba Popular?

Kemunculan segmen-A+ ini boleh dikaitkan dengan:

  1. Trend SUV Urban: Permintaan tinggi untuk SUV kecil yang praktikal
  2. Platform Modular: Teknologi seperti Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) membolehkan kereta kecil dibesarkan tanpa mengubah banyak struktur.
  3. Pengaruh Pengeluar China: Chery, Haval, dan Wuling sering menggunakan label 'A+' untuk menonjolkan nilai tambah berbanding pesaing segmen-A biasa.

Perbandingan Dimensi yang Boleh Lawan Segmen-B!

Contoh realiti:

Walaupun Chery Tiggo Cross disebut sebagai segmen A+, tetapi jarak roda SUV itu adalah lebih panjang daripada SUV segmen-B paling laris Malaysia, Proton X50 (rujuk jadual atas). Jadi, dari segi ruang dalaman dan stabiliti, Tiggo Cross memang layak menjadi lawan kepada segmen-B.

Malah spesifikasi ditawarkan Tiggo Cross juga boleh dikatakan setara dengan model SUV segmen-B di pasaran, walapun Chery sendiri mendakwa pesaing sebenar model itu adalah seperti Honda WR-V dan Perodua Ativa.

Model Segmen-A+ yang Popular

Contoh model segmen-A+ yang popular

Ada Tak Segmen-A+ untuk Sedan, Hatchback?

Jarang dengar kerana istilah segmen-A+ lebih banyak digunakan untuk kenderaan jenis SUV dan crossover. Namun, ada beberapa model sedan dan hatchback yang berada antara segmen-A dan -B:

  • Honda Brio Amaze
  • Toyota Vios generasi awal
  • Proton Saga MC2 (model generasi ketiga, lebih besar daripada A, tetapi kecil daripada B tulen)

Namun pengeluar tidak menggunakan label A+ yang mungkin disebabkan sedan tidak terlalu menumpukan kepada ruang kaki seperti SUV.

Segmen A+ Bukan Mitos, Tapi Juga Bukan Rasmi

Walaupun tidak rasmi, segmen-A+ kini diterima sebagai satu niche penting dalam pasaran, terutama untuk pembeli pertama, famili kecil, dan pengguna bandar. Saiz seperti B, tetapi harga macam segmen-A. Kata orang win-win!

Mahu kenderaan elektrik (EV) kecil? A+ ada. Mahu SUV maskulin dengan bajet bawah RM100,000? Pun A+ juga. Jadi jika selepas iini anda terdengar istilah Segmen-A+, jangan pelik kerana itu bukan gimik kosong, tetapi realiti pasaran hari ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Apakah Segmen-A+, autotainment, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV Segmen-A, SUV segmen-B, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev