• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Kutipan Saman VEP Cecah RM445k, Masih Degil? Kenderaan Akan Disita!

JPJ: Kutipan Saman VEP Cecah RM445k, Masih Degil? Kenderaan Akan Disita!

August 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Permit VEP untuk pamendu asing
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik kenderaan asing, khususnya dari Singapura, yang masih tidak memasang dan mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).

Menerusi satu operasi khas yang dijalankan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), seorang pemandu warga Singapura dilaporkan berdegil dan enggan mengaktifkan tag RFID VEP meskipun sudah dikenakan saman.

Kalau enggan beri kerjasama, kita akan sita", tegas Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan.

Namun selepas diberi amaran, pemandu tersebut akur dan melunaskan saman di kaunter bergerak yang disediakan.

Lebih 1,400 Saman Dikeluarkan, JPJ Tidak Beri Muka Lagi

Menurut JPJ, sebanyak 1,489 saman sudah dikeluarkan sepanjang tempoh operasi dari 1 Julai hingga 2 Ogos 2025 terhadap kenderaan Singapura yang gagal memasang atau mengaktifkan RFID VEP ketika masuk ke Malaysia menerusi sempadan darat.

Antara alasan paling popular yang diberikan pemandu adalah tidak tahu penguatkuasaan sudah bermula, sedangkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan penguatkuasaan penuh VEP bermula 1 Julai 2025.

Kutipan Saman Cecah RM445,800

Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 14,379 kenderaan Singapura diperiksa di kawasan sekitar BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Kutipan saman pula dilaporkan mencecah RM445,800 iaitu hasil saman terhadap pemandu yang gagal mematuhi syarat VEP.

Hampir 90 Peratus Sudah Aktifkan VEP, Tapi Masih Ada Yang Degil

  • Setakat 31 Julai 2025, sebanyak 277,930 tag RFID VEP sudah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dari Singapura.
  • Sekitar 90 peratus daripada jumlah itu telahpun dipasang dan diaktifkan.

Namun JPJ percaya masih ada pemandu di sekitar Johor Bahru ini yang belum membuat pendaftaran.

Peringatan kepada Semua Pemilik Kenderaan Asing

  1. Daftar dan aktifkan VEP sebelum masuk Malaysia.
  2. VEP boleh dibuat melalui MyEG atau di kaunter JPJ.
  3. Kegagalan mematuhi boleh dikenakan saman maksimum RM300 mengikut Seksyen 66H(7), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  4. JPJ akan teruskan operasi secara berterusan dan rawak di lokasi tumpuan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP), Tag RFID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev