• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Projek Lampu Jalan Solar di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) Dijangka Siap September Ini

Projek Lampu Jalan Solar di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) Dijangka Siap September Ini

August 1, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Projek pemasangan 385 unit lampu jalan solar sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) dijangka siap menjelang September 2025

PROJEK pemasangan 385 unit lampu jalan tenaga solar sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan dijangka siap menjelang September 2025, kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir Zamri Abu Kasim.

Projek tersebut dikatakan menelan perbelanjaan bernilai RM3.32 juta.

Pemasangan Lampu Jalan Solar, Cakna Keselamatan dan Alam Sekitar

Peta laluan Lebuhraya Timur-Barat (JRTB)

Sebanyak sembilan kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja pemasangan tersebut sejak 23 Jun lalu, meliputi lapan seksyen sepanjang laluan FT004 seperti berikut:

  • Seksyen 83.74 - 98.54: 42 unit
  • Seksyen 98.54 - 113.00: 42 unit
  • Seksyen 113.00 - 127.00: 58 unit
  • Seksyen 127.00 - 141.50: 58 unit
  • Seksyen 141.50 - 147.00: 42 unit
  • Seksyen 147.00 - 151.00: 33 unit
  • Seksyen 151.00 - 174.80: 55 unit
  • Seksyen 174.80 - 198.60: 55 unit

Setakat 23 Julai lalu, kemajuan kerja berada pada tahap 25 hingga 50 peratus dengan aktiviti utama seperti penandaan tapak dan kerja konkrit asas lampu sedang giat dijalankan sebelum pemasangan tiang solar dilakukan.

Penyelenggaraan Lampu Isyarat Rosak di Seksyen 120.40

Pada masa sama, kerja penyelenggaraan turut dijalankan ke atas satu lampu isyarat rosak di Seksyen 120.40. Zamri memaklumkan kontraktor terlibat masih menunggu penghantaran bahan daripada pembekal sebelum kerja dimulakan, dan kerja mengukur semula, termasuk pemeriksaan tapak juga sedang dilakukan.

RM90 Juta untuk Naik Taraf Laluan FT04

Lokasi nahas bas ekpres pelajar UPSI

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 2023 pernah memaklumkan mengenai peruntukan RM60 juta untuk menaik taraf laluan Gerik-Jeli.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos tahun sama turut memperuntuk tambahan RM30 juta bagi pembaikan infrastruktur seperti:

  • Perabot jalan (road furniture)
  • Jambatan
  • Lampu jalan
  • Lampu isyarat

Langkah berkenaan diambil berikutan kemalangan maut pada 9 Jun 2023 yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di laluan FT04 tersebut.

Laluan Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) semakin bercahaya
Laluan Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) semakin bercahaya
Laluan Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) semakin bercahaya
Laluan Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) semakin bercahaya
Laluan Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) semakin bercahaya

SUMBER: NST | FB PenggunaLebuhrayaTimurBarat(JRTB)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Kerja Raya (KKR), lampu jalan tenaga solar, Lebuhraya Timur-Barat (JRTB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my