• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM Haval H6 HEV Tawar Pilihan Warna Kabin 'Phantom Black'!

GWM Haval H6 HEV Tawar Pilihan Warna Kabin 'Phantom Black'!

August 1, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

GWM Haval H6 HEV - Phantom Black

GWM Malaysia rasmi memperkenalkan varian baharu GWM Haval H6 HEV dalam pilihan warna dalaman Phantom Black yang serba eksklusif.

Naik taraf ini memberi suntikan gaya baharu kepada SUV hibrid paling laris GWM, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV hibrid paling berbaloi dan serba boleh di pasaran Malaysia.

GWM Haval H6 HEV - Phantom Black
GWM Haval H6 HEV - Phantom Black

Rekaan Dalaman 'Phantom Black', Gabungan Sporty dan Mewah

Ruang dalaman Phantom Black menawarkan suasana kabin lebih sofistikated dan moden, seiring permintaan pelanggan yang mengutamakan gaya dan cita rasa peribadi.

Warna dalaman baharu itu juga melengkapkan rupa luaran berani GWM Haval H6 HEV yang sedia ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna badan tanpa sebarang pengurangan ciri atau spesifikasi.

GWM Haval H6 HEV - Phantom Black

Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata;

Kami mendengar permintaan pengguna tempatan yang mahukan pilihan dalaman yang lebih eksklusif dan elegan. Penambahan ini mencerminkan komitmen GWM dalam menawarkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan sebenar rakyat Malaysia."

Enjin Hibrid Kuasa Tinggi dan Penjimatan Optimum

Di sebalik rekabentuk baharu, GWM H6 HEV masih mengekalkan trenkuasa sama, iaitu enjin hibrid 4-silinder 1.5L Turbo dengan kombinasi elektrik dan petrol.

Berikut spesifikasi ringkas kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu:

  • Output kuasa gabungan 243ps, dan tork 530Nm
  • Penggunaan bahan api 5.8 liter per 100km
  • Jarak pemanduan lebih 1,000km setangki penuh

Spesifikasi diberitkan meletakkan GWM Haval H6 HEV antara SUV hibrid paling cekap dan berkuasa dalam kelas yang menawarkan pemanduan lancar, berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api mengagumkan.

Ciri Teknologi dan Rekabentuk Pintar

GWM Haval H6 HEV - Phantom Black
GWM Haval H6 HEV - Phantom Black

Selain trenkuasa hibrid canggih, GWM Haval H6 HEV hadir dengan pelbagai ciri pintar seperti:

  • Unit infotainmen skrin besar
  • Kawalan suhu automatik dwi-zon
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Mod pandu pelbagai
  • Rekabentuk aerodinamik dan agresif

Semua itu disatukan dalam sebuah SUV berjiwa premium yang pada harga berbaloi yang membuktikan kemewahan tidak semestinya mahal.

Promosi Hebat GWM: Jimat RM6,600 + Waranti Bateri 10 Tahun

Bagi tempoh terhad, GWM Malaysia menawarkan promosi khas kepada pembeli baharu:

  • Penjimatan hingga RM6,600
  • Waranti bateri HEV 10 tahun

Promosi itu menjadikan GWM Haval H6 HEV bukan saja pilihan bijak dari segi spesifikasi dan prestasi, tetapi turut menawarkan nilai pemilikan jangka panjang sangat berbaloi.

GWM Haval H6 HEV - Phantom Black
GWM Haval H6 HEV - Phantom Black
GWM Haval H6 HEV - Phantom Black
GWM Haval H6 HEV - Phantom Black
GWM Haval H6 HEV - Phantom Black
GWM Haval H6 HEV - Phantom Black

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Edisi Phantom Black, GWM Haval H6 HEV, GWM Malaysia, Kabin Phantom Black, Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my