• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #GIIAS2025: Daihatsu Ayla Retro Future Dipamer di Indonesia, Kembar Axia Tapi Lebih 'Old School'

#GIIAS2025: Daihatsu Ayla Retro Future Dipamer di Indonesia, Kembar Axia Tapi Lebih 'Old School'

July 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PT Astra Daihatsu Motor mencuri perhatian di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025 dengan satu model konsep iaitu Daihatsu Ayla Retro Future yang merupakan hasil kolaborasi bersama YouTuber terkenal dan bekas penyampai radio, Gofar Hilman.

Model ini tampil jauh berbeza daripada rekabentuk asalnya dan lebih membawa gaya klasik dengan elemen retro yang santai. Modifikasi ini juga sesuatu yang jarang dilihat untuk model kompak dari Daihatsu.

Warna dan Gaya Surf Retro Yang Fresh

Ayla Retro Future menggunakan asas dari varian Ayla 1.0 M atau di Malaysia sebagai Perodua Axia, kemudian dimodifikasi dengan penuh citarasa klasik:

  • Skema dwi-tona putih dan turquoise
  • Garisan pinstripe halus di bonet dan pilar-C
  • Bampar depan baharu dengan rekabentuk minimalis
  • Lampu utama dan belakang bulat klasik ala Daihatsu Mira Gino
  • Gril nipis dengan corong udara terangkat
  • Sistem gantungan udara Airgen lengkap dengan kanister dalam but

Rim dan Highlight Roda Paling Cool di GIIAS2025?

Gofar Hilman turut menyumbang rim khas untuk projek ini menerusi jenama miliknya Turbo Bastard:

  • Rim 15 inci 5-bilah putih
  • Penutup turbofan kartun di roda hadapan
  • Bampar belakang dilicinkan dengan lampu undur bulat retro

Kabin Ala Retro Surf Yang Simple Tapi Fun

Bahagian dalam Ayla Retro Future menerima sentuhan semula sepenuhnya daripada Vertue Concept:

  • Kerusi fabrik dan vinil turquoise
  • Panel gradasi coklat yang unik
  • Panel pemegang pintu berwarna turquoise
  • Kekal dengan ciri asal varian asas 1.0 M:
    • Head unit jenis single-DIN
    • Stereng tanpa fungsi
    • Tiada rev counter
    • Tuil gear manual 5-kelajuan
    • Panel suis banyak penutup kosong
    • Kawalan arah penghawa dingin jenis tombol

Enjin Asas 1.0L, Tak Perlu Laju Yang Penting Bergaya

Retro Future kekal menggunakan enjin asal 1.0L 3-silinder VVT-i NA milik Axia:

  • Kuasa maksimum: 67PS
  • Tork: 89Nm (2Nm kurang berbanding Axia di Malaysia)
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • Fokus utama: gaya, bukan laju!

Ayla Retro Future Inspirasi Axia Gaya Retro di Malaysia?

Walaupun dibina atas model paling asas, transformasi Ayla Retro Future membuktikan bahawa gaya hidup santai dan ekspresi retro boleh wujud dalam bentuk paling mengejutkan dan paling comel!

Ia satu sentuhan berani, berbeza daripada kebiasaan, dan pastinya menghidupkan semula aura “fun driving” zaman dulu.

daihatsu-ayla-retro-future-1
daihatsu-ayla-retro-future-2
daihatsu-ayla-retro-future-3
daihatsu-ayla-retro-future-4
daihatsu-ayla-retro-future-5
daihatsu-ayla-retro-future-6
daihatsu-ayla-retro-future-7
daihatsu-ayla-retro-future-8
daihatsu-ayla-retro-future-9
daihatsu-ayla-retro-future-10
daihatsu-ayla-retro-future-11
daihatsu-ayla-retro-future-12
daihatsu-ayla-retro-future-13
daihatsu-ayla-retro-future-14
daihatsu-ayla-retro-future-15
daihatsu-ayla-retro-future-16
daihatsu-ayla-retro-future-17
daihatsu-ayla-retro-future-18
daihatsu-ayla-retro-future-19
daihatsu-ayla-retro-future-20
daihatsu-ayla-retro-future-21
daihatsu-ayla-retro-future-22
daihatsu-ayla-retro-future-23
daihatsu-ayla-retro-future-24
daihatsu-ayla-retro-future-25
daihatsu-ayla-retro-future-26
daihatsu-ayla-retro-future-27
daihatsu-ayla-retro-future-28
daihatsu-ayla-retro-future-29
daihatsu-ayla-retro-future-30

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Daihatsu Ayla, Daihatsu Ayla Retro Future, Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025, PT Astra Daihatsu Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev