• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!

#GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!

July 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BYD Indonesia menghangatkan lagi segmen EV kompak tempatan dengan pelancaran rasmi BYD Atto 1 sempena Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025. Model ini menyasarkan pengguna bandar yang mahukan mobiliti bebas emisi, teknologi moden dan harga mesra poket.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu Dynamic (Standard Range) dan Premium (Long Range), Atto 1 hadir dengan trenkuasa elektrik penuh, paparan dalaman pintar, serta ciri keselamatan lengkap.

Harga Rasmi BYD Atto 1

  • Dynamic (Standard Range): RP195,000,000 (RM51,000)
  • Premium (Long Range): RP235,000,000 (RM61,000)

Harga ini menjadikan Atto 1 antara EV kompak paling mampu milik di pasaran setakat ini.

Dimensi dan Rekabentuk Kompak Bandar

  • Panjang: 3925mm
  • Lebar: 1720mm
  • Tinggi: 1610mm
  • Jarak roda: 2500mm
  • Berat kosong: 1225kg (Dynamic) dan 1280kg (Premium)
  • Rim aloi 16 inci (Dynamic) dan 17 inci (Premium)
  • Tiga pilihan warna menarik seperti Sprout Green, Apricity White dan Cosmos Black

Trenkuasa Elektrik dan Prestasi

  • Jenis motor: Permanent Magnet Synchronous Motor
  • Output kuasa 70kW dan 180Nm tork
  • Kapasiti bateri: 30kWj (Dynamic) dan 38kWj (Premium)
  • Jarak pemanduan (NEDC): 300km (Dynamic) dan 380km (Premium)
  • Pengecasan AC 6.6kW dan DC 40kW (Dynamic), 60kW (Premium)
  • V2L Output 3.3kW

Dalaman Moden dan Pintar

  • Skrin infotainmen 10.1 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
  • Paparan digital 7 inci + TPMS
  • Stereng kulit boleh laras tilt dan teleskopik
  • Pengecas wayarless (Premium sahaja)
  • Kerusi fabrik/kulit tiruan (hitam + kelabu)
  • 6-pembesar suara + port USB Type-A dan Type-C

Ciri Keselamatan Komprehensif

  • 6 beg udara
  • ABS + EBD + EBA
  • ESC + TCS
  • Hill Start Assist
  • Emergency Brake System
  • Kamera undur + sensor parkir
  • Electric Parking Brake + Auto Hold
  • TPMS
  • Kunci pintar dan butang mula tekan

Jaminan dan Servis Selepas Jualan

  • Waranti kenderaan: 6 tahun dan 150,000km (mana satu tiba dulu)
  • Waranti bateri EV: 8 tahun dan 150,000km (mana satu tiba dulu)
  • Waranti motor elektrik: 8 tahun dan 150,000km (mana satu tiba dulu)

BYD Atto 1: EV Kompak Pintar, Mampu Milik dan Bergaya

Dengan harga bermula hanya RP195 juta, BYD Atto 1 muncul sebagai pilihan terbaik untuk pengguna bandar yang inginkan kenderaan elektrik praktikal, selamat dan lengkap teknologi moden.

Sama ada untuk perjalanan harian atau gaya hidup mesra alam, Atto 1 memang padan untuk generasi urban masa kini.

byd-atto-1-1
byd-atto-1-2
byd-atto-1-3
byd-atto-1-4
byd-atto-1-5
byd-atto-1-6
byd-atto-1-7
byd-atto-1-8
byd-atto-1-9
byd-atto-1-10
byd-atto-1-11
byd-atto-1-12
byd-atto-1-13
byd-atto-1-14
byd-atto-1-15
byd-atto-1-16
byd-atto-1-17
byd-atto-1-18
byd-atto-1-19
byd-atto-1-20
byd-atto-1-21
byd-atto-1-22
byd-atto-1-23
byd-atto-1-24
byd-atto-1-25
byd-atto-1-26
byd-atto-1-27
byd-atto-1-28
byd-atto-1-29

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD Atto 1, BYD Indonesia, Kenderaan Elektrik (EV), Kereta kompak, Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev