• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penutupan Sementara NPE & Besraya untuk IJM Duo Highway Challenge Run 2025

Penutupan Sementara NPE & Besraya untuk IJM Duo Highway Challenge Run 2025

July 30, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Pengguna lebuh raya sekitar Lembah Klang dinasihatkan bersiap sedia dengan perubahan trafik pada hujung minggu ini.New Pantai Expressway (NPE) Sdn. Bhd. dan Besraya (M) Sdn. Bhd. akan menutup sementara sebahagian laluan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) pada Ahad, 3 Ogos 2025 dari jam 1:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Penutupan ini bagi memberi laluan kepada acara larian tahunan IJM Duo Highway Challenge Run 2025 yang dianjurkan oleh EC Pixels Asia Sdn. Bhd. dengan tajaan utama oleh IJM Corporation Berhad.

Lokasi Penutupan:

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

  • Dari KM 1.8 (Bulatan Kewajipan, Subang Jaya) ke KM 11 arah Bangsar
  • Dari Kuchai Lama Entrepreneurs Park ke Plaza Tol Pantai Dalam (kedua-dua arah)

Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)

  • Laluan dari Persimpangan Bertingkat Kuchai Lama ke Jalan Pandan 1 di KM 21.9 menghala ke MRR2 (kedua-dua arah)

Laluan Alternatif & Peringatan Pengguna Jalan Raya

Ketua Pegawai Eksekutif NPE dan Besraya, Ts. Wan Salwani Wan Yusoff memohon kerjasama orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesulitan.

Maklumat lengkap mengenai laluan alternatif boleh dirujuk melalui saluran media sosial rasmi NPE dan Besraya.

Penglibatan Pihak Berkuasa

Penutupan ini telah mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Sepanjang acara berlangsung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertugas bagi memastikan keselamatan serta kelancaran trafik.

Turut serta dalam kawalan lalu lintas adalah pasukan pengurusan trafik dan kakitangan teknikal yang akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang lebuh raya terbabit.

Walaupun ia akan menjejaskan kelancaran trafik buat sementara waktu, penutupan ini adalah sebahagian daripada usaha menganjurkan acara sihat yang menggalakkan gaya hidup aktif. Orang ramai disarankan memberi kerjasama dan merancang perjalanan lebih awal pada tarikh tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila ikuti perkembangan terkini menerusi media sosial rasmi NPE dan Besraya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my