• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GAC Malaysia Umum Harga Prajualan Model Baharu Emkoo CKD, dan M8 PHEV

GAC Malaysia Umum Harga Prajualan Model Baharu Emkoo CKD, dan M8 PHEV

July 28, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Pra tempahan GAC Emkoo dan GAC M8 PHEV
GAC Malaysia secara rasmi mengumumkan harga prajualan dua model baharu yang dinanti, GAC Emkoo versi  pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah hibrid plug-in (PHEV) GAC M8 PHEV versi import (CBU).

Langkah itu sekali lagi mengukuhkan komitmen GAC untuk menawarkan kenderaan berkualiti tinggi, yang lengkap dengan teknologi canggih yang disesuaikan dengan keperluan pengguna di Malaysia.

GAC Emkoo: SUV Gaya Futuristik, Harga Mula RM120k

GAC Emkoo

GAC Emkoo ialah model CKD kedua GAC selepas GS3 Emzoom yang menandakan langkah serius jenama itu dalam memperluas operasi pemasangan tempatan di Malaysia.

SUV rekabentuk moden itu akan ditawarkan dalam dua varian:

  • Premium - Anggaran bermula RM120,000
  • Premium Pro - kira-kira RM130,000

Enjin 1.5L Turbo, Transmisi DCT 7-Kelajuan

Dari segi prestasi, GAC Emkoo dikuasakan enjin 1.5L turbo (1.5 TGDI) yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan (7DCT), dengan penggunaan bahan api sekitar 6.6 liter per 100km.

Bahagian luaran menampilkan rekabentuk futuristik, manakala ruang dalaman dilengkapi kluster instrumen digital 10.25 inci dan unit infotainment 10.1 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara ciri keselamatan utama termasuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2, yang lengkap dengan fungsi Bantuan Parkir Auto Penuh (FAPA). Kapasiti but mencapai 1,586 liter apabila tempat duduk barisan belakang dilipat rata yang cukup luas untuk kegunaan harian atau percutian.

Waranti GAC Emkoo

Setiap pembeli GAC Emkoo layak menikmati:

  • Waranti kenderaan: 5 tahun atau 150,000km
  • Waranti enjin dan trenkuasa: 7 tahun atau 180,000km

GAC M8 PHEV: MPV PHEV Premium Pertama di Malaysia

GAC Malaysia turut membuka tempahan MPV premium PHEV pertama di pasaran tempatan, GAC M8 PHEV yang menggabungkan prestasi elektrik dengan keupayaan perjalanan jauh.

Model itu ditawarkan dalam dua varian mewah:

  • M8 Premium - Bermula RM333,000
  • M8 Luxury - Bermula RM380,000

Enjin 2.0L Turbo, Jarak Perjalanan 1,038km

GAC M8 PHEV menggunakan enjin 2.0L turbo yang dipadankan transmisi hibrid 2-kelajuan dengan memberikan gabungan  jarak pemanduan terbaik dalam kelas sejauh 1,038km.

Bahagian Dalaman Selesa

Ruang kabin direka untuk memanjakan penumpang dengan ciri mewah seperti:

  • Kerusi Kapten boleh baring dengan fungsi One-Touch SPA
  • Sistem audio premium Yamaha
  • Unit infotainment moden dan intuitif
  • Dari segi keselamatan, M8 dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2, termasuk sistem kamera keliling, dan perlindungan udara 360º yang dipaten GAC.

Juga dilengkapi beg udara cermin belakang pertama dunia untuk melindungi penumpang baris ketig, iaitu inovasi luar biasa dalam segmen MPV.

Waranti GAC M8 PHEV

Setiap pembelian GAC M8 PHEV dipakejkan bersama:

  • Waranti kenderaan: 5 tahun atau 150,000km
  • Waranti bateri: 8 tahun atau 150,000km

Dengan pelancaran Emkoo dan M8 PHEV, GAC Malaysia terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran automotif tempatan menerusi tawaran mobiliti moden yang menggabungkan teknologi pintar, gaya premium dan praktikaliti harian.

Maklumat lanjut atau tempahan boleh layari www.gacmotor.com.my. Jangan lupa ikuti GAC Motor Malaysia di media sosial untuk kemas kini terkini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: GAC Emkoo, GAC M8 PHEV, GAC Malaysia, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Plug-in Hybrid (PHEV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my