• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sentuhan Seni 'Borderline' Zameer Pentbrush Jadi Buruan Pemilik Supercar!

Sentuhan Seni 'Borderline' Zameer Pentbrush Jadi Buruan Pemilik Supercar!

July 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Zameer Pentbrush x PanduLaju lukis SYM Husky 150 di AOS 2025
ZAMEER Pentbrush atau nama sebenar Mohd Rozamil Mohd Yatim semakin dikenali dalam dunia seni berus cat (paint brush) peringkat tempatan dan serantau, terutama teknik unik dipanggil seni 'Borderline' yang kini menjadi pilihan pemilik kenderaan mewah dan langka.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia berus cat, Zameer memulakan kerjaya seni sejak 2005 dan kini meluaskan teknik khas Borderline itu sejak 2022, iaitu gaya lukisan tangan menggunakan cat akrilik yang biasanya memaparkan motif anime, karakter fantasi atau corak gaya bebas yang kompleks.

Dari Anime ke Aspal: Inspirasi Bermula ketika PKP

Zameer Pentbrush x PanduLaju lukis SYM Husky 150 di AOS 2025
Zameer Pentbrush x PanduLaju lukis SYM Husky 150 di AOS 2025

Zameer berkata, minat mendalam terhadap dunia lukisan bermula dengan pengaruh anime (kartun Jepun) yang sering dikongsikan di Facebook sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inspirasi tersebut mendorong beliau menghasilkan lukisan yang bukan hanya cantik atas kanvas, tetapi turut dipindahkan ke permukaan kereta dan motosikal.

Lukisan Eksklusif Atas Kereta Mewah

Antara model kereta yang pernah menjadi karya paling ikonik Zameer ialah:

  • Lamborghini SVJ: Model paling mahal pernah dilukis
  • Lebih enam unit Nissan GT-R
  • Motosikal kuasa tinggi dan pelbagai jenis kereta pelanggan dari dalam dan luar negara

Kini, hasil seni Zameer sudah menembusi pasaran luar negara seperti Brunei, Thailand dan Singapura, sekali gus membuktikan seni tempatan mampu mendapat tempat di pentas antarabangsa.

Harga Khidmat Lukisan Bermula RM3,500 hingga RM50,000

Zameer Pentbrush x PanduLaju lukis SYM Husky 150 di AOS 2025
Zameer Pentbrush x PanduLaju lukis SYM Husky 150 di AOS 2025

Dengan ketelitian dan tahap kreativiti luar biasa, harga satu projek Borderline sentuhan tangan Zameer mampu mencecah:

  • RM3,500 untuk rekaan asas atau sederhana
  • RM50,000 untuk projekt skala besar dan kompleks

Semua hasil seni itu menggunakan cat akrilik khas yang tahan lasak dan mampu bertahan hingga setahun dan jika disalut filem pelindung cat (PPF), lukisan tersebut mampu tahan lebih lama dalam kondisi cuaca Malaysia.

Pasukan Kecil, Karya Besar

Zameer kini bekerja bersama empat tenaga kerja dalam pasukan untuk menyiapkan tempahan dari pemilik kereta dan motosikal seluruh Malaysia, termasuk negara jiran.

Antara projek terbaharu beliau adalah karya Borderline pada skuter SYM Huskey 150 milik PanduLaju.

Seni Jalanan Kini di Persada Dunia

Dengan kepakaran dan sentuhan eksklusif Zameer Pentbrush membuktikan seni 'berus cat' bukan sekadar hiasan tetapi satu bentuk ekspresi dan identiti pemilik kenderaan.

Teknik Borderline bukan saja unik, tetapi menjadi lambang gaya hidup berani dan berbeza yang sesuai untuk tampil menonjol di jalanan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airbrush, Art of Speed (AOS) 2025, Auto Terkini, Borderline, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zameer Pentbrush

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev