• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Forester SPORT Black Selection untuk Pelanggan Jepun Tumpu Gaya Gelap, Harga Mula RM119k

Subaru Forester SPORT Black Selection untuk Pelanggan Jepun Tumpu Gaya Gelap, Harga Mula RM119k

July 25, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Subaru Forester SPORT Black Selection 2025
SUBARU melancarkan model edisi khas Forester SPORT Black Selection dan SPORT EX Black Selection, khas buat pelanggan di Jepun.

Sebagai makluman, ini ialah Forester generasi keenam (foto bawah) yang mula dikeluarkan pada 2024 dan dilancar secara rasmi di beberapa negara, termasuk Indonesia, baru-baru ini.

Tona Luaran, Kabin Gelap

Subaru Forester dikenali sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) tradisional yang memenuhi keperluan pemandu dalam pelbagai situasi, dari kegunaan harian hingga pengembaraan luar biasa.

Model itu dilengkapi ciri keselamatan canggih untuk ketenangan fikiran, prestasi pemanduan menyeronokkan, dan utiliti penuh yang serba guna.

Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection

Edisi baharu tersebut menampilkan tona gelap pada bahagian dalaman dan luaran. Model edisi khas SPORT Black Selection dan SPORT EX Black Selection adalah berasaskan model SPORT dan SPORT EX yang dilengkapi enjin turbo suntikan terus (TDI) 1.8L.

Bagi meningkatkan sentuhan sporty dan kualiti tinggi, panel hiasan papan pemuka metalik serta permukaan kemasan pintu menggunakan bahan Brannove. Edisi khas itu ditawarkan dalam lima warna badan, termasuk Brilliant Bronze Metallic.

Ciri-ciri Khas SPORT Black Selection dan SPORT EX Black Selection

Subaru Forester Black Selection 2025
Subaru Forester Black Selection 2025
  • Rim aluminium 18 inci dengan cat metalik gelap
  • Pelindung bampar depan dan belakang dan panel sisi kelabu gelap
  • Lencana pada pilar-D, Symmetrical AWD warna kelabu gelap
  • Stereng kulit dengan trim hitam Piano, sulaman coklat, dan kulit sentuhan tinggi
  • Tombol gear kulit dengan hiasan hitam Piano
  • Kemasan papan pemuka hitam dengan sulaman coklat
  • Panel hiasan papan pemuka metalik
  • Balutan kemasan pintu bahagian atas dan tengah Brannove hitam atau hitam dengan sulaman coklat
  • Sistem bunyi Harman Kardon (pilihan)

Trenkuasa

Kedua-dua model edisi khas SPORT Black Selection dan SPORT EX Black Selection dikuasakan trenkuasa:

  • Enjin 1.8L DOHC 16 injap CB18 / DUAL AVCS TDI DIT
  • Gerek x lejang 80.6mm x 88.0mm
  • Nisbah mampatan 10:4
  • Output kuasa 177ps @ 5,200-5,600rpm, dan  tork 300Nm @ 1,600-3,600rpm
  • Kapasiti tangki petrol 63 liter
  • Transmisi automatik Lineartronic (CVT)
  • Pacuan semua roda (AWD)

Harga Pasaran Jepun

  • SPORT Black Selection: 4,158,000 Yen (RM 118,790.00)
  • SPORT EX Black Selection: 4,301,000 Yen (RM 122,880.00)
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport EX Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection
Subaru Forester Sport Black Selection

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Subaru, Subaru Forester, Subaru Forester Black Selection

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my