PERLUMBAAN Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC) 2015 menyaksikan lima pelumba muda mewakili Malaysia bersaing merebut kejuaraan.
Adam Norrodin, Fakhrusy Syakirin Rostam, Helmi Azman, Shafiq Rasol dan Azroy Anuar bakal berentap bersama pelumba lain dari Jepun, Indonesia, Thailand serta China.
Pusingan pertama SAATC 2015 akan berlangsung di Thailand pada 22 Mac hadapan dan diikut dengan Qatar (29 Mac), Malaysia (2 Ogos), China (20 September), Jepun (11 Oktober) dan pusingan terakhir kembali semula di Malaysia (25 Oktober).
Menurut Adam yang juga pernah menyertai perlumbaan SAATC pada musim lepas, dia akan menggunakan pengalaman lalu dan bersama rakan lain berusaha mencari kejuaraan bagi mengharumkan lagi nama negara.
Sepanjang perlumbaan, semua pelumba bakal menggunakan jentera Honda NSF250R Moto3™ yang menggunakan kuasa minyak Shell V-Power bersama minyak pelincir sintetik penuh Shell Advance Ultra baru dengan Teknologi PurePlus.
Syabas bagi mereka yang terpilih dan Pandulaju.com bersama rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kalian.
Leave a Reply