• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Legenda Terjun KLCC, Felix Baumgartner Meninggal Dunia

Legenda Terjun KLCC, Felix Baumgartner Meninggal Dunia

July 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Felix Baumgartner meninggal dunia ketika aksi paragliding di Itali
PENERJUN udara ekstrem, Felix Baumgartner, yang juga individu yang pernah mencatat sejarah dunia dengan terjunan tertinggi dari pinggir angkasa meninggal dunia ketika melakukan aksi luncur layar (paragliding) bermotor di Itali.

Ketika insiden itu, Baumgartner, 56, dilaporkan terhempas berhampiran kolam renang sebuah hotel ketika sedang menerbangkan paragliding bermotor di kawasan perkampungan Porto Sant'Elpidio, di wilayah Marche, timur Itali.

Masalah Kesihatan Ketika di Udara

Felix Baumgartner meninggal dunia ketika aksi paragliding di Itali

Datuk Bandar Porto Sant'Elpidio, Massimiliano Ciarpella, berkata, laporan awal menunjukkan kemungkinan beliau mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba ketika di udara.

Wira sukan ekstrem dari Austria itu pernah mencipta sensasi dunia pada 2012 apabila melakukan terjunan dari altitud melebihi 39km (128,000 kaki) dari stratosfera, sekali gus memecahkan rekod dunia dan kelajuan bunyi.

Komuniti Tempatan Berduka

Ciarpella menyifatkan Baumgartner sebagai simbol keberanian dan semangat terhadap penerbangan ekstrem, dan turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak komuniti tempatan atas pemergian mendiang.

Peminat kelihatan membanjiri ruangan komen di salah satu hantaran media sosial terakhir, iaitu video beliau sedang membaiki enjin paragliding.

Dalam satu lagi hantaran sekitar jam 2:30 petang waktu tempatan, beliau memuat naik gambar kon angin (windsock) penuh berlatar langit mendung dengan kapsyen 'angin terlalu kuat'.

Pernah Terjun dari KLCC

Felix Baumgartner ketika terjun dari Menara Berkembar Petronas KLCC di Malaysia

Baumgartner yang juga dikenali dengan julukan 'Fearless Felix', mula mencipta nama dalam dunia sukan ekstrem sejak 1999. Antaranya lompatan BASE paling rendah di dunia dari tangan patung Christ the Redeemer di ibu kota Rio de Janeiro, Brazil setinggi 30 meter.

Pada tahun sama juga, beliau mencipta rekod terjunan payung terjun tertinggi dari bangunan apabila melompat dari Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada 2003 pula, beliau melintasi Selat Inggeris menggunakan sut khas dilengkapi sayap gentian karbon.

Rekod Tersohor Mendiang

Felix Baumgartner meninggal dunia ketika aksi paragliding di Itali

Namun, detik paling ikonik dalam kerjaya Baumgartner adalah ketika melakukan aksi lompatan dari angkasa. Dalam satu sidang media selepas lompatan bersejarah itu, beliau berkata;

Ketika saya berdiri atas dunia, perasaan itu amat merendahkan diri saya."

"Ketika itu, saya tidak fikir tentang rekod atau data saintifik - apa yang saya mahu hanyalah pulang dengan selamat."

Pemergian Baumgartner adalah kehilangan besar buat komuniti sukan ekstrem dunia. Legasi mendiang akan terus diingati sebagai simbol keberanian, inovasi dan semangat manusia untuk menakluk batas kemungkinan.

SUMBER: BBC

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fearless Felix, Felix Baumgartner, klcc, Paragliding

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev