• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Hyper Naked BMW R 1300 R 2025 dengan Suspensi Pintar, Berkuasa 143hp

Hyper Naked BMW R 1300 R 2025 dengan Suspensi Pintar, Berkuasa 143hp

July 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW R 1300 R 2025

BMW Motorrad memilih hyper naked bike terbaharu, BMW R 1300 R 2025, untuk memperkenalkan teknologi suspensi kadar spring variabel (variable spring rate) yang pertama seumpamanya, pada Jun 2025 di Jerman.

Kebiasaannya, tugas menukar karakter keras atau lembut suspensi memerlukan kita menukar spring fork dan absorber, sesuatu yang mustahil ketika menunggang.

BMW R 1300 R 2025

Namun, BMW mencipta inovasi baharu, yang mana teknologi kadar spring variabel memberi kesan seakan menukar spring ketika menunggang, selain sistem kawalan elektronik terhadap redaman dan prabeban belakang.

Teknologi tersebut sangat efektif, dan walaupun mungkin kelihatan berlebihan pada motosikal jenis roadster, tetapi boleh merevolusikan model touring dan superbike.

Pengendalian dan Brek

BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025

BMW R 1300 R kini lebih pantas, tajam dalam selekoh, mudah ditunggang dan lebih lengkap dari segi perincian. Posisi menunggang kini lebih sporty tanpa mengorbankan keselesaan, dengan aura garang menyeronokkan dan berjiwa, sesuatu yang jarang ada pada pesaing.

Teknologi suspensi tersebut menyerupai redaman semi-aktif yang biasa dilihat, tetapi keupayaan menukar kadar spring secara langsung adalah sesuatu yang unik. Absorber belakang menempatkan spring tambahan dalam reservoir yang akan bergabung menjadikan kadar spring lebih keras dalam mod tunggang sporty. Sistem itu turut dilengkapi redaman semi-aktif dan prabeban kendiri (self-levelling).

BMW R1300R 2025
BMW R 1300 R 2025

Bagi fork depan, minyak ditolak melawan spring melalui piston ketika fork mendap, sekali gus memberikan keselesaan kadar spring lebih tinggi, walaupun struktur spring tidak berubah.

Walaupun tanpa pelarasan prabeban pada fork depan, redaman semi-aktif tetap ada. Ini memberikan BMW R 1300 R keupayaan menjadi lembut atas jalan biasa atau hujan, dan keras ketika menunggang agresif.

Model berkenaan turut memiliki jarak tinggi bumi lebih tinggi apabila prabeban ditambah automatik. Sama ada teknologi itu perlu pada roadster seperti R 1300 R masih menjadi perdebatan, tetapi ujian jalan raya menunjukkan potensi besar yang mungkin sesuai juga untuk model seperti S 1000 RR atau S 1000 XR.

Rekabentuk dan Ergonomik

BMW R 1300 R 2025

BMW R 1300 R adalah evolusi daripada R 1250 R dan R 1200 R yang berkongsi frem besi R 1300 GS dan rekabentuk condong ke depan dengan rim lebih ringan 1.4kg berserta tayar Dunlop SportSmart 3. Tayar ini kurang meyakinkan dalam kondisi basah, tetapi cemerlang atas permukaan kering.

BMW R 1300 R 2025

Bar hendal boleh laras kini lebih rendah dan ke depan berbanding model lama, manakala jarak pelana ke peg kaki kekal selesa. Suspensi belakang masih menggunakan sistem BMW Paralever, yang mengurangkan kesan mencangkung (squat) ketika memecut,  satu kelebihan sistem aci pacu berbanding rantai.

Enjin

Menggunakan enjin ShiftCam 1300cc, berkuasa 143hp, sama seperti GS, RS dan RT, R 1300 R menawarkan pecutan agresif dengan karakter tersendiri. Enjin boxer kembar ini menggabungkan deruman mirip jentera lumba dan tork ala cruiser.

Berat 239kg tidak sehebat supernaked di litar, tetapi atas jalan raya motosikal ini beraksid pantas, tajam, dan mudah dikawal yang sesuai untuk penunggang yang mahukan kuasa, gaya dan praktikaliti dalam satu pakej.

Ciri

BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025

Model asas dilengkapi tiga mod tunggang, sistem kawalan traksi, Sistem Brek Anti-Kunci dalam selekoh (ABS Cornering), sistem penghidup tanpa kunci (keyless), lampu LED, kawalan jelajah dan pengecas USB Type-C. Panel meter TFT 6.5 inci canggih yang digunakan sejak model BMW R 1250 GS 2019 turut disertakan.

Suspensi kadar spring variabel tersedia melalui ‘Dynamic Package’ dan menjadi ciri standard model SE. Pelbagai pilihan aksesori prestasi, touring dan kosmetik juga tersedia untuk melakukan kustom model ini mengikut cita rasa penunggang.

SUMBER: MotorcycleNews

BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R1300R 2025 9
BMW R 1300 R 2025
BMW R1300R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025
BMW R 1300 R 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW Motorrad, BMW R 1300 R 2025, BMW R1300R, Hyper Naked, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev