• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Azizulhasni Dilantik Duta Pertama Volkswagen Malaysia

Azizulhasni Dilantik Duta Pertama Volkswagen Malaysia

July 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Datuk Azizulhasni Awang dilantik sebagai duta Volkswagen Malaysia
VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan bangga mengumumkan pelantikan jaguh lumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sebagai duta jenama pertama bagi Volkswagen di Malaysia.

Kerjasama bersejarah itu meraikan nilai bersama antara Volkswagen dan ikon sukan negara tersebut, iaitu ketepatan, prestasi tinggi dan semangat tidak mudah mengalah.

Duta VW Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang dan Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler
Duta VW Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang dan Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler

Dikenali sebagai 'The Pocket Rocketman', Azizulhasni ialah atlet Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik dalam sukan berbasikal dan kini terus menginspirasi rakyat dengan pencapaian luar biasa.

Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler berkata;

Cerita Azizulhasni adalah kisah tentang cita-cita, ketabahan dan semangat luar biasa. Sama seperti kereta kami, beliau melambangkan prestasi yang penuh matlamat dan berkekalan."

Dari Terengganu ke Pentas Dunia

Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia

Perjalanan Azizulhasni dari perkampungan di Terengganu hingga podium dunia di Tokyo dan Melbourne melambangkan semangat Volkswagen dalam merealisasikan impian melalui inovasi dan ketekunan yang berteraskan nilai kemanusiaan.

Azizulhasni: Penghormatan Besar

Azizulhasni turut berkongsi rasa bangga dengan berkata;

Saya sentiasa percaya kejayaan dibina atas konsistensi, ketelitian dan semangat menyahut cabaran, iaitu nilai yang sangat selari dengan Volkswagen.

"Dipilih sebagai duta pertama adalah penghormatan besar buat saya. Saya sentiasa percaya kejayaan dibina atas konsistensi, ketelitian dan semangat menyahut cabaran, iaitu nilai yang sangat selari dengan Volkswagen. Dipilih sebagai duta pertama adalah penghormatan besar buat saya."

Simbol Personaliti, Gaya Volkswagen

Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia

Kerjasama itu turut mencerminkan personaliti Azizulhasni yang merendah diri, disiplin dan dihormati di peringkat antarabangsa, iaitu kualiti yang selari dengan barisan model Volkswagen seperti Golf GTI, Tiguan Allspace, Arteon dan Touareg.

Noessler berkata;

Ini bukan sekadar pelantikan duta. Ini komitmen Volkswagen terhadap rakyat Malaysia yang menghargai prestasi, integriti dan keyakinan terhadap jenama kami."

Kempen Digital, Hubungan Komuniti

Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia

Sebagai sebahagian kempen itu, Azizulhasni akan terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti acara fizikal, kempen digital dan kandungan media yang memperkenalkan gaya hidup Volkswagen kepada rakyat Malaysia.

VPCM melalui kolaborasi itu juga berharap dapat merapatkan hubungan dengan generasi muda, dan membina komuniti pemilik kenderaan yang bangga dengan identiti.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan model terkini Volkswagen boleh layari laman web www.volkswagen.com.my

Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia
Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia
Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia
Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia
Duta VW Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang dan Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler
Duta VW Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang dan Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler
Duta VW Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang dan Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler
Datuk Azizulhasni Awang dilantik duta Volkswagen Malaysia
Duta VW, Azizulhasni dan Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler

Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler
Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dato' Azizulhasni Awang, Duta Volkswagen Malaysia, Pengarah Urusan VPCM Renate Noessler, Volkswagen Malaysia, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM), VPCM, VW Toureg

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev