• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BSH Lancar Honda ADV350 2025 di Malaysia, Harga RM33,999

BSH Lancar Honda ADV350 2025 di Malaysia, Harga RM33,999

July 22, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda ADV350 2025 Malaysia

BOON Siew Honda (BSH) secara rasmi memperkenalkan skuter advencer Honda ADV350 2025 untuk pasaran Malaysia yang tampil lebih segar dengan teknologi baharu dan pengendalian lebih baik pada harga RM33,999, tidak termasuk insurans, cukai jalan, dan pendaftaran.

Menggabungkan gaya sofistikated bandar bersama semangat pengembaraan off-road, menjadikan model itu sebagai pilihan skuter advencer yang serba lengkap.

Ciri Baharu Menarik

Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia

Berikut ciri menarik ditawarkan Honda ADV350 2025:

  • Panel meter TFT 5 inci warna penuh:  Paparan baharu ini lebih jelas walaupun bawah cahaya matahari terang, dan kini menyokong aplikasi Honda RoadSync untuk kawalan muzik, panggilan dan navigasi menerusi Bluetooth.
  • Suis kawalan empat arah dengan lampu latar: Memudahkan navigasi menu ketika menunggang.
  • Lampu dalam ruang simpanan bawah pelana: Menyediakan pencahayaan praktikal dalam ruang sebesar 48 liter yang mampu memuatkan dua helmet muka penuh.
  • Port USB Type-C dalam kotak simpanan panel pemuka (glove-box): Untuk kemudahan mengecas peranti sepanjang menunggang.
  • Visor angin boleh laras 4-tetapan: Jarak pelarasan hingga 133mm memberikan perlindungan optimum mengikut kelajuan dan kondisi jalan.

Rekabentuk, Praktikaliti

Berikut ciri rekabentuk dan praktikaliti disediakan Honda ADV350 2025:

  • Tinggi pelana 795mm yang mesra penunggang pelbagai saiz
  • Lampu signal belok automatik (auto-cancelling indicators): Lampu signal belok akan dimatikan sendiri selepas membelok
  • Signal Henti Kecemasan (ESS): Lampu signal kecemasan akan berkelip automatik apabila membrek mengejut sebagai isyarat amaran kepada kenderaan belakang
  • Rim aluminium 6-jejari (X-shaped) dengan tayar corak blok yang sesuai untuk pelbagai permukaan jalan
  • Sistem brek cakera depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran

Suspensi, Pengendalian

Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia

Berikut ciri Honda ADV350 2025:

  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 37mm dengan travel 125mm di depan, dan dwi-absorber takungan jauh (remote reservoir) jenis boleh laras prabeban.
  • Kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC)

Teknologi Pintar

Honda ADV350 2025 turut dilengkapi teknologi pintar seperti:

  • Kunci pintar Honda Smart Key untuk menghidupkan enjin, membuka pelana dan mengunci automatik tanpa kunci fizikal.
  • Fungsi Answer-Back untuk mengaktifkan lampu signal belok supaya mudah mencari motosikal di kawasan parkir sesak atau padat.

Enjin, Prestasi

Honda ADV350 2025 dijana enjin silinder tunggal 330cc eSP+ SOHC dengan output kuasa 28.8hp (21.5kW) @ 7,500rpm, dan tork 31.8Nm @ 5,250rpm.

Kadar penggunaan bahan api adalah sekitar 28.6km per liter.

Warna, Waranti

Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia

Ada tiga warna pilihan ditawarkan:

  • Moscato Red Metallic (merah)
  • Matte Pearl Agile Blue (biru)
  • Matte Gun Powder Black Metallic (hitam)

BSH turut menawarkan waranti pengeluar dua tahun atau 20,000km, mana satu tiba dulu.

Ketibaan, Maklumat Lanjut

Honda ADV350 2025 dijangka tiba di bilik pameran Honda BigWing sekitar pertengahan Ogos 2025. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web  layari hondabigbike.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993.

Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia
Honda ADV350 2025 - Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Boon Siew Honda (BSH), Honda ADV 350, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev