• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / QJMotor SRV 250 AMT - Cruiser Pertama Malaysia dengan Transmisi AMT, Harga RM17,888

QJMotor SRV 250 AMT - Cruiser Pertama Malaysia dengan Transmisi AMT, Harga RM17,888

July 22, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

QJMotor SRV 250 AMT

MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd (MForce Bike) baru-baru ini melancarkan QJMotor SRV 250 AMT, iaitu cruiser pertama Malaysia dilengkapi sistem transmisi manual automatik (AMT).

Cruiser itu diperkenalkan sempena majlis perasmian MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading Sdn Bhd di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Harga, Warna

QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT

QJMotor SRV 250 AMT ditawarkan pada harga bermula RM17,888tidak termasuk cukai jalan dan insurans dalam pilihan dua warna:

  • Matt Black (hitam)
  • Silver (perak)

Gabungan rekabentuk klasik dengan elemen moden menjadikan cruiser itu sesuai untuk penunggang muda atau berpengalaman.

Teknologi Transmisi AMT

QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT

Keunikan utama QJMotor SRV 250 AMT adalah penggunaan sistem transmisi manual automatik (AMT) yang menawarkan pengalaman tunggangan seperti motosikal automatik yang pada masa sama mengekalkan kawalan dan prestasi seperti model manual.

Ciri klac automatik dengan sistem klac basah multiplat memberikan ketahanan tinggi dan operasi enjin lebih lancar.

QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT

Spesifikasi Enjin

QJMotor SRV 250 AMT dikuasakan trenkuasa:

  • Enjin 2-injap V-Twin 249cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI)
  • Output kuasa 27.4hp (20.5kW) @ 9,000rpm, dan tork 23Nm @ 8,000rpm
  • Saiz gerek 58mm dan lejang 47.2mm

Dimensi dan Kapasiti

QJMotor SRV 250 AMT
  • Memiliki dimensi panjang 2,110mm,lebar 850mm dan tinggi 1,100mm, manakalajarak roda 1,400mm
  • Tinggi pelana: 700mm
  • Jarak tinggi bumi: 160mm
  • Berat: 167kg
  • Kapasiti tangki minyak: 13.5 liter

Rekabentuk itu memastikan kestabilan ketika menunggang yang sesuai untuk pelbagai bentuk badan penunggang.

Suspensi dan Brek

QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT

QJMotor SRV 250 AMT dilengkapi sistem suspensi dan brek moden untuk pengalaman tunggangan yang selesa dan selamat seperti:

  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan dwi-absorber (belakang)
  • Sai tayar 120/80-16 di depan, dan 150/80-15 (belakang)
  • Sistem brek cakera 280mm di depan, dan brekcakera 240mm (belakang)
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran

Ciri Tambahan

  • Panel meter digital moden dengan paparan info penting
  • Port USB untuk pengecasan ketika menunggang
  • Lampu LED di depan dan belakang dalam gaya klasik dengan fungsi moden
  • Peg kaki lebar untuk perjalanan jauh
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang boleh diaktif atau nyah aktif mengikut keperluan

Waranti, Servis

Setiap pembelian QJMotor SRV 250 AMT dipakejkan dengan:

  • Waranti 2 tahun tanpa had perbatuan
  • Akses alat ganti tulen dalam talian

Dengan teknologi AMT inovatif, spesifikasi lengkap, dan harga kompetitif,QJMotor SRV 250 AMT dijangka mencetuskan fenomena baharu dalam segmen cruiser tempatan.

Model ini sesuai untuk penunggang urban moden yang mahukan gaya, prestasi dan kemudahan dalam satu pakej.

QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT
QJMotor SRV 250 AMT

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading Sdn Bhd, MForce Bike, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, QJ Motor, QJ Motor SRV 250 AMT, QJMotor SRV 250 AMT, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my