• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Shutter Stories 2025: Rakyat Malaysia Kongsi Kisah Hidup Menerusi Lensa Kamera

Volkswagen Shutter Stories 2025: Rakyat Malaysia Kongsi Kisah Hidup Menerusi Lensa Kamera

July 20, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Pertandingan fotografi Volkswagen Shutter Stories 2025 di Volkswagen Puchong

DARIPADA momen cinta di lebuh raya hingga warna-warni kehidupan harian, rakyat Malaysia membuktikan bakat dan kreativiti masing-masing dalam edisi pertama Volkswagen Shutter Stories, iaitu pertandingan fotografi yang julung kali dianjurkan wakil pengedar rasmi kenderaan Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan kerjasama Fujifilm Malaysia.

Pertandingan itu membuka ruang kepada peminat fotografi untuk berkongsi interpretasi terhadap lima tema utama: VW Love, VW Adventure, VW People, VW Motion dan VW Life & Colours. Dua daripada lima gambar wajib memaparkan model kenderaan Volkswagen bagi meraikan keunikan jenama tersebut dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Hasanul Asyraf Menang Kamera RM7,000, Kontrak Jurufoto VPCM

Pemenang Volkswagen Shutter Stories, Hasanul Asyraf (tengah) bersama Thomas Kwan (kiri) dan Charles Lim (kanan)
Pemenang Volkswagen Shutter Stories, Hasanul Asyraf (tengah) diapit wakil Fujifilm, Thomas Kwan (kiri) dan Pengarah Jenama VPCM, Charles Lim (kanan)

Pemenang hadiah utama, Hasanul Asyraf Hanafi, 35, bukan saja membawa pulang kamera dan lensa Fujifilm bernilai RM7,000, tetapi turut diberi peluang mengikuti program bimbingan bersama jurufoto profesional Aaron Lee selain menerima kontrak setahun sebagai jurufoto rasmi VPCM.

Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf

Peluang tersebut bakal membuka laluan untuk anak muda itu mengasah kemahiran fotografi dalam dunia automotif dengan lebih mendalam.

Tempat kedua dimenangi Kelvin Ooi, 23, yang menerima kamera Fujifilm Instax Mini 99 lengkap dengan filem bernilai RM1,200, manakala tempat ketiga, pelajar MMU, Neeventhaa Perabagaran, 19, membawa pulang kamera Instax Pal dan barangan eksklusif Volkswagen bernilai RM588.

Lebih Sekadar Kereta, Volkswagen Rai Emosi dan Perjalanan Hidup

Hasil fotografi peserta akhir Volkswagen Shutter Stories

Pengurus Jenama VPCM, Charles Lim berkata;

Volkswagen bukan sekadar pengeluar kereta. Ia tentang hubungan, gaya hidup dan kenangan yang terhasil sepanjang perjalanan kita.

"Melalui Shutter Stories, kami mahu meraikan rasa cinta, semangat pengembaraan dan kehidupan yang diabadikan rakyat Malaysia dalam bentuk visual memukau."

Menurutnya, lebih 30 penyertaan diterima dengan pelbagai kisah menyentuh hati daripada ekspresi kasih sayang, kegembiraan keluarga hingga keriangan pengembaraan bersama Volkswagen.

Fujifilm: Tangkap Momen, Cerita yang Kekal Abadi

Hasil fotografi peserta akhir Volkswagen Shutter Stories

Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Bahagian Pengimejan Elektronik dan Instax, Fujifilm Malaysia, Thomas Kwan berkata, kolaborasi itu sejajar falsafah Fujifilm dalam menyampaikan kisah yang memberi inspirasi.

Kami dapat melihat bagaimana peserta mentafsir semangat Volkswagen dalam perspektif yang cukup unik dan menyentuh emosi. Ia gabungan teknologi, kreativiti dan ekspresi peribadi yang membanggakan," katanya.

Lensa Rakyat, Cerita Malaysia

Pertandingan Volkswagen Shutter Stories terbuka kepada semua warganegara dan penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas, dengan kriteria penyertaan yang menekankan kreativiti, naratif visual dan kaitan dengan tema-tema utama diberikan.

Dengan kejayaan edisi sulung itu, tidak mustahil Volkswagen bakal menjadikan Shutter Stories sebagai acara tahunan — bukan saja untuk menghargai peminat setia jenama tersebut, tetapi juga untuk terus menghubungkan emosi, estetika dan pengalaman sebenar rakyat Malaysia.

Maklumat lanjut boleh layari: www.volkswagen.com.my

 

Malam pengumuman pemenang pertandingan fotografi Volkswagen Shutter Stories di Volkswagen Puchong
Hasil fotografi peserta akhir Volkswagen Shutter Stories
Hasil fotografi peserta akhir Volkswagen Shutter Stories
Pengurus Jenama VPCM, Charles Lim
Barisan pemenang Volkwagen Shutter Stories
Pemenang Volkswagen Shutter Stories, Hasanul Asyraf (tengah) bersama Thomas Kwan (kiri) dan Charles Lim (kanan)
Tempat kedua Volkswagen Shutter Stories, Kelvin Oii (kanan) bersama Thomas Kwan (kiri)
Tempat ketiga Volkswagen Shutter Stories, Neeventhaa Perabagaran (kanan) bersama Thomas Kwan (kiri)
Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf
Hasil fotografi Hasanul Asyraf

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fujifilm Malaysia, Pengurus Jenama VPCM Charles Lim, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Bahagian Pengimejan Elektronik dan Instax Fujifilm Malaysia Thomas Kwan, Pertandingan Fotografi, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Shutter Stories

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev