• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rapid KL On-Demand Diperluas ke 12 Zon Baharu di Shah Alam, Klang Bermula Esok

Rapid KL On-Demand Diperluas ke 12 Zon Baharu di Shah Alam, Klang Bermula Esok

July 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Van Rapid KL On-Demand
PERKHIDMATAN Rapid KL On-Demand memasuki fasa peluasan baharu dengan 12 zon tambahan meliputi kawasan strategik di Shah Alam dan Klang, bermula esok (18 Julai 2025).

Inisiatif itu sebahagian komitmen Rapid Bus Sdn Bhd yang juga subsidiari Prasarana Malaysia Berhad untuk memperkukuh jaringan mobiliti bandar dan meningkatkan akses pengangkutan awam, terutama dalam penyelesaian batuan pertama dan terakhir.

12 Zon Baharu Rapid KL On-Demand di Shah Alam, Klang

Van Rapid KL On-Demand

Berikut kawasan liputan baharu:

  • Persiaran Dato Menteri – KTM Shah Alam
  • KTM Padang Jawa – Terminal 17
  • KTM Padang Jawa – Seksyen 7
  • U12 Cahaya Alam
  • Bandar Baru Klang
  • KTM Klang – Batu Belah
  • Taman Summit
  • KTM Klang – Teluk Gadong
  • Sri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Puteri

Komitmen Prasarana untuk Pengangkutan Lebih Inklusif

Van Rapid KL On-Demand

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasaran, Amir Hamdan berkata;

Kami mahu memastikan setiap warga bandar mendapat penyelesaian mobiliti yang sesuai, cekap dan berpatutan, terutama di kawasan yang sebelum ini kurang diliputi rangkaian bas."

Fasa baharu itu bukan sekadar meluaskan liputan, tetapi turut membuktikan usaha berterusan Prasarana dalam membina sistem pengangkutan awam lebih menyeluruh, diyakini dan inklusif.

Penyatuan Zon On-Demand di Putrajaya

Van Rapid KL On-Demand

Dalam perkembangan lain, zon Desa Pinggiran Putra-Dataran Gemilang Putrajaya akan digabungkan dengan zon MRT Putrajaya Sentral-PICC, yang kini dinamakan sebagai MRT Putrajaya Sentral-PICC dan Desa Pinggiran Putra.

Langkah tersebut bertujuan menyediakan liputan lebih menyeluruh dan perkhidmatan lebih bersepadu kepada pengguna sekitar Putrajaya.

Ciri Menarik Perkhidmatan Rapid KL On-Demand

Logo Rapid On-Demand

  • Jaminan kerusi
  • Tempahan perjalanan jam 6 pagi hingga 11.30 malam setiap hari
  • Tambang promosi serendah RM1
  • Tempahan mudah melalui aplikasi Rapid On-Demand

Lebih Mudah Bergerak, Lebih Murah dan Dijamin Sampai

Dengan peluasan perkhidmatan Rapid Kl On-Demand, penduduk Shah Alam dan Klang kini boleh menikmati akses pengangkutan awam lebih mudah dan fleksibel tanpa perlu menunggu terlalu lama atau berjalan jauh ke stesen atau hentian tetap.

Maklumat lanjut zon liputan dan panduan penggunaa boleh layari:

  • www.myrapid.com.my
  • Media sosial rasmi Rapid KL

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Bus Sdn Bhd, Rapid KL On-Demand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my